Mempunyai Teman Lelaki Yang Kaya Pasti Menyeronokkan, Tetapi Apakah Keburukan Yang Anda Akan Dapat?

 

Setiap wanita pasti mahukan teman lelaki yang mempunyai pendapatan dan kewangan yang stabil. Malah selepas pernikahan pasti teman lelaki sudah memiliki harta seperti rumah, dan tidak perlu mereka bersusah payah mencari rumah lain lagi.

Sudah tentu apabila memiliki teman lelaki kaya ini, masa depan akan terjamin. Pasti banyak perkara yang mahu dirancang bersama dan mudah untuk berbincang kerana apabila mempunyai pendapatan yang tinggi, segalanya akan menjadi mudah. Barang yang sering diimpikan untuk dimiliki pasti akan dapat jua akhirnya. Pasti bahagia..



Tetapi teman lelaki kaya ini pasti ada keburukannya juga, jom baca..

KEBAIKAN MEMILIKI TEMAN LELAKI KAYA.

1. Swipe..swipe..swipe..

Mudahnya memiliki teman lelaki yang kaya ini, apabila debit kadnya tidak cukup memiliki wang, sudah pasti swipe sahaja kredit kad.  Semudah A, B dan C untuk kamu mendapatkan apa sahaja kemahuan diri kerana si dia tiada masalah untuk swipe kad kreditnya untuk yang tercinta. Teman-teman kamu mungkin  cemburu dengan apa yang kamu dapat.



2. Masa depan terjamin.

Seperti dengan kenyataan di atas, kaum wanita pasti merasakan teman lelaki yang kaya ini menjamin hidupnya pada masa akan datang. Perkahwinan yang grand seperti selebriti, rumah yang besar bak istana, malah di rumah juga nanti ada orang gaji untuk menolong. Siapa yang tidak suka dengan kemewahan ini bukan?

Tetapi ternyata apabila telah berkahwin perkara utama yang kaum wanita mahu adalah untuk tidak bekerja. Si suami sahaja yang mencari rezeki, di rumah boleh nanti boleh menjaga anak-anak dan masak untuk suami.



TETAPI APAKAH KEBURUKAN TEMAN LELAKI YANG KAYA?

1. Cemburu dan curiga.

Lelaki yang bekerjaya dan memiliki pendapatan tinggi ini pasti mempunyai ramai peminat. Sebagai seorang lelaki apabila telah mempunyai banyak wang, pasti dirinya dijaga dengan rapi, rambut disisir kemas, pakaian yang kemas dan branded. Situasi ini akan mengalakkan ramai perempuan akan jatuh cinta dengan dirinya.

Jadi, sudah tentu anda sebagai teman wanita akan cemburu bukan?



2. Playboy.

Segelintir lelaki bila sudah ada kedudukan dan kerjaya, mereka cenderung untuk mendapatkan lebih dalam apa saja yang dilakukan termasuklah cinta. Tidak salah jika anda mahu rasa insecure kerana khuatir si dia akan curang.

Cuma jangan jadikan wang itu perkara utama dalam memilih pasangan hidup. Kerana kelak anda sendiri yang akan merana. Kenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya. Kata orang instinct wanita kadang-kadang ada betulnya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,985 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen