6 Tanda Si Dia Cuba Menarik Minat Anda Melalui Kiriman Mesejnya.

 

Apabila teknologi semakin canggih, ramai akan menggunakannya untuk menyampaikan rasa hati serta memikat seseorang yang diminati. Bukan itu sahaja, melalui kiriman mesej ini juga mampu menarik seseorang untuk minta kepada diri anda. Bagaimana mereka lakukannya? Jom kenali tanda-tandanya.



1. Menghantar mesej kepada anda terlebih dahulu.

Cuba pertama yang dirinya akan lakukan adalah dengan menghantar mesej kepada anda. Mereka lebih memilih untuk memulakan perbualan kerana, mereka mahu mengenali anda dengan lebih dekat. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan mencuba nasib.

2. Mesej yang disertakan emoji yang menarik.

Bagi menarik minat anda untuk membalasnya, dia juga sertakan beberapa emoji yang menarik. Ia kerap menggunakan emoji yang kelihatan senyum apabila anda membalas setiap mesejnya. Emoji-emoji yang dihantar juga menunjukkan dirinya mudah mesra dengan diri anda.

3. Membuka cerita tentang dirinya.

Apabila seseorang mula meminati anda, mereka ini akan lebih terdedah dengan membuka cerita mengenai mereka sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menjadikan anda tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

4. Percubaan melakukan lawak.

Tidak semua orang mampu membuat lawak melalui mesej, tetapi dirinya mencuba. Walaupun lawak itu tidak begitu kelakar, tetapi anda boleh lihat dengan jelas dirinya sedang membuat lawak. Bukan itu sahaja, mereka juga cuba untuk membuat anda tersenyum.


5. Membalas mesej anda dengan cepat.

Mereka juga terlalu teruja untuk membalas mesej anda. Maka dengan itu, mereka akan sentiasa membalas dengan cepat walaupun anda membalasnya dengan lambat. Mereka juga sentiasa bersedia apabila anda menghantar mesej kepadanya.

6. Bertanya tentang apa yang anda akan lakukan pada hujung minggu.

Apabila mereka cuba menanyakan soalan berkaitan perkara ini, itu bermakna dirinya sedang mengajak untuk keluar bersamanya. Mungkin mereka akan mengajak anda menonton wayang ataupun keluar makan bersama. Mereka akan cuba untuk membuat anda keluar bersamanya.

Apabila seseorang lakukan perkara seperti ini kepada anda, jangan pernah menolaknya dengan kasar. Cuba untuk menolaknya dengan baik serta mengharagi segala usaha mereka yang memberanikan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen