Elakkan Kata 5 Perkara Ini Kepada Pasangan Anda, Ia Hanya Mengundang Pergaduhan Yang Lebih Besar.

 

Apabila bergaduh dengan pasangan ini, ia adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi apabila si dia itu sejenis yang mudah membalas apa yang anda katakan. Bukan itu sahaja, mereka juga sejenis yang akan membela diri mereka walaupun tahu bahawa dirinya bersalah. Walupun begitu, jangan pernah cuba untuk katakana 5 perkara ini ketika anda sedang bergaduh dengan dirinya.



1. “Saya marah awak dengan banyak alasan.”

Jangan membangkitkan lagi kemarahan dirinya. Bukan itu sahaja, jangan cuba untuk mengungkit segala kesilapan yang lepas. Apabila anda katakana hal seperti ini, ia hanya akan membuat pergaduhan lebih besar.

2. “Awak selalu macam ini, bukan macam itu.”

Penggunaan kata macam ini dan macam itu perlu dielakkan. Hal ini kerana, penggunaan kata itu menandakan anda sedang menghakimi pasangan anda dan dirinya tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu. Ia juga seakan membandingkan pasangan anda.

3. “Dah muak dengan semua ini.”

Apabila anda menyatakan muak atau bosan dengan hubungan anda, maka pasangan anda merasakan hubungan kalian bakal berakhir. Walaupun anda maksudkan bahawa muak akan pergaduhan yang berulang.


4. Penggunaan kata-kata kesat.

Jangan pernah sesekali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasangan anda. Hal ini kerana, ia akan melukakan pasangan anda. Walaupun secara tidak sengaja, anda masih juga perlu
mengawal diri anda. Jika tidak pergaduhan itu akan membuat dirinya dan anda bertambah terluka.

5. “Kita akhirkan sahaja hubungan kita.”

Walauun pertengkaran itu menyakitkan hati kedua-dua pihak, adalah tidak sepatutnya sekiranya anda mahupun dia menyatakan kata putus. Hal ini kerana, pada ketika itu anda terlalu mengikut perasaan. Cuba untuk elakkan perkataan itu keluar dari mulut anda.

Cuba untuk bertenang apbila bergaduh. Masing-masing perlu beri masa kepada diri sendiri. Jangan cuba untuk menyerang pasangan anda dengan kata-kata yang menyakiti hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen