Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Tiada Niat Untuk Berkahwin.

 

Apabila sudah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa ikatan sah, sudah tentu di dalam fikiran anda sekarang hanyalah untuk bernikah, bukan? Jika tidak, sampai bila mahu kan hubungan yang tiada ikatan sah, bertahun-tahun bercinta tanpa arah tujuan.

Ibu bapa anda juga pasti sering bertanyakan soalan tentang si dia, bila mahu masuk meminang atau melamar anak perempuannya ini? Adakah mahu dibawa kulu kilir tanpa ikatan sah bertahun-tahun? Pasti orang ramai akan membawa mulut dan membuat andaian yang negatif tentang anda kelak.

Jadi, apakah tanda-tanda sebenarnya teman lelaki anda memang tiada niat untuk berkahwin dengan anda…

1. Kritik anda dengan alasan tidak munasabah.

Ada saja yang tidak kena di matanya. Baju yang selalu anda gayakan tiba-tiba tidak cantik di matanya. Atau si dia tiba-tiba bising apabila anda banyak berbelanja membeli barang-barang kecantikan. Bila ada saja benda yang tidak kena, percayalah itu mungkin tanda si dia sudah mungkin sudah berubah hati atau si dia mahu mencipta drama dalam perhubungan.

2. Tidak senang dengan sahabat baik anda.

Bolehkah anda berkahwin dengan lelaki yang tidak menyenangi sahabat baik anda sendiri? Si dia pasti melarang anda untuk berjumpa dengan sahabat, ada sahaja alasan yang diciptanya. Malah tiba-tiba si dia seperti “Saya tak suka la perangai kawan awak tu, awak jangan kawan dengan dia boleh tak?

3. Mengelak untuk berjumpa dengan ibu bapa anda.

Perkara yang paling nyata adalah, si dia ada sahaja seribu alasan untuk tidak bertemu dengan ibu bapa anda, malah dengan adik-beradik anda sendiri. Jika benar si dia mahu berkahwin dengan anda, dan sudah bercinta dengan lama, kenapa masih mengelak untuk berjumpa ibu bapa anda?



4. Tidak pernah tanya tentang perancangan anda.

Tidak pernah sekali pun si dia bertanyakan tentang impian dan perancangan masa depan anda. Agak merisaukan juga jika kalian berdua sudah lama menjalin hubungan yang serius tapi si dia tidak pernah bertanyakan perancangan masa depan anda.

Tidakkah dia mahu tahu apa harapan anda pada si dia? Tidakkah si dia mahu anda membayangkan kehidupan berkeluarga bersamanya? Hati-hati!

5. Tiada perancangan bersama anda.

Si dia sibuk bercerita dengan anda tentang perancangan masa depannya, sama ada hal kerjaya, juga niatnya mahu membeli kereta baru atau rumah besar. Dan dia sama sekali tidak menyelitkan diri anda dalam angan-angan masa depannya. Percayalah, itu mungkin hint yang si dia belum bersedia mahu melamar. Atau mungkin tiada niat untuk berkahwin.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen