5 Cara Untuk Mengetahui Pasangan Anda Tidak Setia.

 

Formula untuk setia di dalam perhubungan percintaan perlu adanya kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Kedua-dua belah pihak perlulah lakukan aspek ini dengan sama rata, tiada siapa yang lebih atau pun yang kurang. Jika kurangnya perasaan setia pada pasangan, pasti akan berlaku sesuatu di dalam hubungan tersebut.



Jika sebelum berkahwin pun anda atau pasangan sudah tiada kesetiaan di dalam diri, jadi bagaimana mahu diterapkan perasaan itu setelah berkahwin. Akan berkekalan lamakah mahligai tersebut jika kalian berdua tidak mula belajar erti kesetiaan?

Jom ketahui cara untuk mengetahui pasangan anda mula tidak setia pada anda…

1. Jarang berhubung.

Dalam seminggu anda boleh kira hanya beberapa kali sahaja, si dia menghubungi anda. Whatsapp pun jarang, apatah lagi mahu menelefon anda untuk bertanya khabar. Malah jika anda ditimpa sakit atau masuk ke hospital, si dia masih lagi tidak menjenguk anda.



2. Sering mengelak untuk berjumpa.

Si dia ada sahaja alasan untuk tidak berjumpa dengan anda. Jika mahu bincangkan tentang hubungan kalian juga, pasti ada juga alasannya yang tidak munasabah. Jadi disini anda tidak perlu berkias, tanya sahaja soalan yang berkaitan dengan hubungan anda. Apakah si dia menganggap anda patung?

3. Pantang bila melihat anda menyentuh telefon bimbitnya.

Si dia mula menunjukkan sikap suka memarahi anda tanpa sebab yang kukuh. Jika sebelum ini anda seperti biasa boleh menyentuh telefon bimbitnya dan bermain game, tetapi kali ini ada sahaja kemarahan yang mahu si dia lemparkan.

Pasti ada yang tidak kena!



4. Text mesej yang seperti tidak mengambil kisah.

Petanda paling ketara adalah apabila anda menghantar whatsapp pada si dia pasti tiada respon, jika si dia membalas pun pasti dengan kenyataan yang ringkas atau blue tick sahaja. Anda mengetahui jadual kerja nya, dan waktu yang si dia pasti sibuk, tetapi apabila waktu rehat dan santai seperti hari minggu pun masih busy?

Atau dating dengan orang lain?

5. Minta putus tanpa sebab.

Tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Pastinya ada udang di sebalik batu. Padahal berhubung juga semakin berkurang, bila berhubung ada saja alasannya untuk mengelak, bila di ajak berjumpa ada sahaja 1,001 alasan, dan secara tiba-tiba meminta break dengan perhubungan anda dengan sebab yang tidak munasabah, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan si dia.

Jadi, jangan tunggu lama-lama jika hubungan anda ada tanda-tanda sebegini. Pasti akan berlakunya peperangan yang tidak diingini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen