Bagaimana Untuk Menyayangi Diri Sendiri, Setelah Putus Cinta?

 

Setelah putus cinta, jawapan cliché yang sering kita dengar pasti tentang ‘SAYANGI LAH DIRI KITA DAHULU SEBELUM NAK SAYANGKAN PASANGAN’.

Perkara ini bagaikan ramai orang tidak mengendahkannya kerana ia seperti tidak penting untuk dilakukan setelah putus cinta. Bagi kebanyakan mereka yang telah putus cinta, perkara utama untuk dilakukan adalah hanya dengan meroyan atau meluahkan isi hati di sosial media secara berleluasa.

Jadi tidak hairanlah mengapa masalah sosial, kemurungan dan juga emosi yang tidak stabil juga makin meningkat sejak kebelakangan ini. Anda perlu tahu, perkara pertama yang anda perlu lakukan setelah putus cinta adalah sayangi lah diri anda dan lakukan penjagaan diri dengan sebaiknya seperti kekal sihat.



Maka ada beberapa langkah dan cara mudah yang anda boleh lakukan untuk menjalani hidup yang lebih tenang dan sihat…

1. Letakkan diri anda sebelum orang lain.

Kita seharusnya tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menghiraukan orang lain, tetapi anda perlu mampu untuk menguruskan diri anda dahulu, maka apabila anda bijak untuk mengendalikan semuanya dengan sendiri pasti anda dapat menolong orang lain, bukan?

“Put yourself before others” dan segalanya akan menjadi lebih mudah untuk anda dan orang sekeliling.



2. Gembira adalah motivasi utama.

Resipi untuk jiwa yang tenang dan bahagia adalah untuk sentiasa bergembira, jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa ia akan menyebabkan hasil yang kurang memuaskan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif kerana THAT IS THE START TO A WONDERFUL WORLD!

Atau dengan kata lain “If you can’t find the sunshine, be the sunshine”

3. Sentiasa bersyukur.

Jika anda ditimpa musibah atau masalah, jangan putus asa sebaliknya anda harus rasa bersyukur dengan apa yang masih kekal dengan anda dalam keadaan itu. Sentiasa berfikiran bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dan teruk, dengan ini anda dapat bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan dan menyelesaikan masalah WITH A STRAIGHT MIND.



4. Ingat orang yang tersayang.

Sebelum ingin mengambil apa-apa keputusan, jangan lupa tentang orang yang tersayang seperti ibu bapa, adik-beradik dan sahabat-handai. Mereka mungkin menaruh harapan yang tinggi dalam hidup anda oleh itu jangan mengecewakan mereka dengan melakukan perkara yang di luar batasan.

Sentiasa ingat tentang hari esok dan balasan yang menanti jika keputusan yang diambil itu melanggar syariat Islam.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen