Elakkan 3 Kesalahan Dalam Memilih Pasangan.

 

Saat mencari pasangan sebagai teman pendamping yang setia ini amat menyukarkan. Anda mungkin miliki banyak pilihan sehingga ia akan mengaburi mata anda untuk mendapatkan pasangan yang terbaik. Namun begitu, siapa yang anda pilih itu adalah jodoh anda yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, cuba untuk elakkan lakukan tiga kesalahan ini ketika memilih pasangan.



1. Melihat penampilan.

Penampilan itu sememangnya penting, tetapi ia bukanya yang abadi. Apabila anda tua nanti, penampilan itu tidak akan membawa erti lagi kepada anda. Jangan pandang pada penampilannya tetapi padang pada hatinya sama anda ikhlas atau tidak pada anda.

2. Melihat hartanya.

Kewangan yang kukuh akan membantu kesejahteraan rumah tangga. Tetapi ia tidak secara keseluruhan. Sesetengah orang memiliki pasangan yang kaya tetapi, mereka tidak dapat menikmati hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Mereka juga akan kurang menghabiskan masa bersama. Bukan itu sahaja, harta lama-kelamaan akan habis jua.


3. Menolak Istikharah.

Solat istikharah dilakukan adalah untuk mendapat petunjuk dengan siapakah pasangan kita kelak. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa pasangan kita nanti. Dengan solat istikharah ini, Allah akan memberi pertunjuk melalui mimpi, keyakinan dalam hati ataupun kemudahan dalam memilih pasangan. Yang pasti jangan pernah menolak petunjuk yang Allah berikan.

Setiap orang berhak untuk memilih pasangan mereka mengikut kemahuan mereka. Tetapi jangan pernah tersilap memilih dengan memandang kelebihan fizikal yang mereka miliki. Hal ini kerana, pernikahan itu bukan satu permainan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen