Kenali Tanda-Tanda Bahawa Anda Bersedia Untuk Berkahwin, Bukan Hanya Rasa Ingin Berpasangan.

 

Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin. Lebih-lebih lagi apabila melihat gambar orang bahagia bersama pasangan masing-masing. Keinginan itu pasti akan dimiliki oleh setiap orang, tetapi adakah anda sudah bersedia untuk berkahwin. Kesediaan untuk berkahwin itu pula tidak dimiliki oleh semua orang. Mari ketahui sekiranya diri anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia.



1. Bersedia membuang ego.

Anda sudah bersedia untuk merendahkan ego anda demi seorang yang anda cintai? Bukan itu sahaja, anda perlu membuang ego anda itu demi menjaga kebahagiaan rumah tangga anda kelak. Tidak lupa juga untuk tidak membuat pasangan anda terluka.

2. Bersedia melakukan kerja rumah.

Ketika masih bujang anda mungkin akan melengahkan masa untuk melakukan kerja rumah. Tetapi apabila sudah berumah tangga, anda perlu melakukan kerja denga lebih mendiri dan berdikari. Bukan itu sahaja, kemungkinan anda akan melakukannya sendiri kerja rumah tersebut.

3. Menerima kelemahan pasangan.

Setiap orang itu mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Baik dirinya ataupun dari keluarganya. Adakah anda mampu untuk menerima segala kekurangan itu dengan menutupinya dengan rasa sayang dan kelebihan yang dirinya miliki.


4. Kukuhkan ilmu agama.

Ilmu agama amat penting dalam pernikahan. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara keduanya ia juga memberi rasa lebih menghormati dan menghargai pernikahan itu. Ilmu agama ini juga membantu membimbing setiap pasangan untuk lebih dekat dalam mencari redha-Nya.

5. Berani dengan komitmen rumah tangga.

Apabila mendirikan rumah tangga ini, bukan hanya pasangan sahaja komitmen anda. Tetapi Ibu bapa mertua dan anak-anak yang bakal lahir juga akan menjadi komitmen anda. Maka dengan itu anda perlu bersedia untuk membahagi setiap komitmen anda dengan mereka.

Pernikahan itu tidak boleh hanya memerlukan keinginan sahaja, tetapi ia perli disulami dengan kesediaan diri anda sendiri. Maka apabila anda bersedia dengan perkahwinan, setiap ujian yang datang anda berjaya hadapi dengan waras tanpa mengikut hawa nafsu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen