Apa Yang Lelaki Sering Fikirkan Jika Disoal Tentang Perkahwinan?

 

Lelaki pada zaman millennial, secara peribadi bukan lah meletakkan perkahwinan itu sebagai satu agenda penting di dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi pada mereka yang sudah tentu mempunyai banyak tanggungan.



Tanggungan seperti ibu bapa yang telah tua dan tiada siapa untuk menjaga, adik-beradik yang ramai, malah dengan peredaran masa yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Jika adanya kerjaya, tidak pula memiliki gaji yang memuaskan hati mereka, sudah tentu mereka jarang memikirkan tentang perkahwinan ini.

Menurut seorang penulis Hillary White, alasan utama lelaki tidak mahu berkahwin kerana wanita zaman sekarang, tidak lagi mempunyai ciri-ciri feminin. Fikiran lelaki sebegini menganggap wanita pada zaman sekarang tidak lagi seperti zaman dahulu, yang membuatkan ramai wanita protes dengan kenyataan sebegini seperti masih di takuk lama.



TIADA LAGI KEBEBASAN.

Bagi kebanyakan lelaki, mereka seperti tiada kebebasan apabila mempunyai pasangan. Mereka juga seolah-olah merasakan seperti tidak mahu adanya orang ketiga di dalam hidup mereka untuk mencampuri hal peribadi. Ini yang dinamakan ego, kerana lelaki tahu apa yang mereka mahukan. Komitmen dalam perkahwinan tentu sahaja akan membataskan kebebasan melakukan apa jua hal yang biasa mereka lakukan ketika hidup bujang.

APA LELAKI MAHUKAN DALAM PERHUBUNGAN SEBENARNYA?

Menurut kajian, lelaki sebenarnya mahukan perkahwinan yang berlandaskan kejujuran. Seperti yang wanita akan lihat, lelaki tidak nampak serius apabila membicarakan isu perkahwinan, namun sebenarnya sebahagian lelaki bersetuju bahawa perkahwinan itu PERLU SETELAH BERTEMU DENGAN WANITA YANG MEREKA MAHU HABISKAN MASA BERSAMA.



Dengan kata mudah, wanita yang mampu membuka minda dan hatinya. Ini yang dinamakan jodoh.

Selain itu lelaki juga mahukan bakal isteri mereka yang bijak berkomunikasi, memiliki personaliti yang menyenangkan dan tidak materialistik.

FAKTA LELAKI DAN PERKAHWINAN.

Lelaki dan idea persiapan perkahwinan bagai langit dan bumi. Bukan kerana tidak menginginkan perkawinan mewah cuma bagi mereka berlebih-lebihan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mereka inginkan.



Lelaki sebetulnya lebih memikirkan TENTANG KEHIDUPAN SELEPAS KAHWIN dan hal ini tentu saja berbeza dengan wanita yang punya banyak keinginan dalam merealisasikan majlis yang mereka idamkan.

Menurut seorang penulis Jim Burns, lelaki sebenarnya adalah manusia yang paling insecure berbanding wanita. Cuma mereka tidak tunjuk secara terang-terangan, kerana itu bukan lah lahiriah mereka. Jadi, perkahwinan adalah sesuatu perkara yang membuatkan mereka akan berfikir terlalu lama dan antara alasan utama adalah kerana kurang kepercayaan terhadap diri sendiri untuk membimbing seorang isteri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,973 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen