Tips Untuk Memikat Hati Lelaki Dalam Diam, Supaya Tidak Digelar Perigi Mencari Timba.

 

Wanita juga pasti ada lelaki idaman yang mereka suka dalam diam. Tetapi apa yang mereka lakukan pasti hanya berdiam diri sehingga lelaki tersebut terlepas pada tangan wanita yang lain. Ketika itu barulah tersedar daripada lamunan bahawa mereka sudah terlambat untuk memikat hati lelaki tersebut.



Jadi sebelum terlambat, ikut panduan dan langkah-langkah di bawah. Lakukan secara teratur dan bijak menyusun kata, supaya tidak kelihatan sangat anda ini perigi mencari timba.

1. Bertentang mata dan tersenyum.

Situasinya mudah, anda bertentang mata kali pertama dengan si dia, katakan di sebuah majlis perkahwinan teman yang anda berdua kenal dan jantung mula berdegup kencang. Bagaimana boleh anda hadapi situasi begini? Pertama tenang, mainkan peranan anda sebagai wanita yang tidak gelojoh dan jangan lekang dari senyuman.



2. Bermula dengan pujian.

Lelaki juga manusia biasa yang suka dipuji. Bermula dengan teguran “Hi” boleh diteruskan dengan mengambil sedikit perhatian pada penampilan mereka. Sama ada rambut yang disisir kemas, baju yang menarik perhatian atau kasut yang dipakai oleh mereka.

Dari pujian kecil ini perbualan boleh dipanjangkan dengan bertanyakan soal kerjaya, minat atau tentang kasut yang menarik minat anda tadi.



3. Bertukar nombor telefon.

Jangan memulakan tindakan dengan cara meminta nombor telefon. Kekalkan dulu martabat anda sebagai wanita kerana lelaki tidak suka wanita gelojoh. Susun permainan dengan bijak seperti mengikut akaun Instagram atau facebook si dia.

Namun ada beberapa situasi lain yang memungkinkan anda bertukar nombor telefon jika ia berkaitan kerja. Situasi begini diizinkan jika anda mahu memberi nombor telefon tapi biarlah dengan cara profesional bukannya terdesak.



4. Penampilan sentiasa kemas dan cantik.

Lelaki mana tidak mahu mendampingi wanita cantik. Tapi hal tersebut hanya asas manusia. Wanita juga suka pada lelaki yang kacak bukan? Tetapi jika anda sentiasa berketerampilan kemas, pandai menggayakan baju dengan warna yang sesuai, pasti mata lelaki pantas melihat anda.

Jadi cara mudah adalah bermanis wajah, bibir sentiasa mengukirkan senyuman. Wajah manis anda akan mendapat perhatian mana-mana lelaki jika anda pandai membawa diri dan menjaga tutur.

Tidak salah jika menjadi diri sendiri tapi harus sentiasa ingat manusia menilai daripada first impression. Jika salah percaturan belum sempat memasang jerat, mangsa singgah pun tidak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,487 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen