Antara Alasan Wanita Curang Pada Teman Lelaki Mereka.

 

Tidak semua wanita akan berlaku curang, kerana situasi ini hanya berlaku jika pasangan mereka pun curang padanya. Apabila pasangan mula berlaku curang, wanita juga tidak lari untuk mencari orang lain kerana bosan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya..



Jom ketahui antara alasan-alasan utama..

1. Cepat bosan.

Ada sebahagian wanita merasa cepat bosan di dalam hubungan cinta. Bagi mereka hubungannya dengan pasangan seperti tiada cabara dan terlalu lama di dalam zon selesa. Mungkin kerana teman lelaki yang tidak tahu mengajak untuk membuat aktiviti luar selain makan malam dan menonton wayang.

Situasi ini berlaku juga kerana, dalam dirinya jiwa terlalu kosong dan kurang mendapat kasih sayang apabila teman lelaki sibuk bekerja.

2. Teman lelaki tidak romantik.

Sekasar mana wanita sekalipun, pasti mereka mengharapkan teman lelaki yang romantik, tidak semestinya memberi bunga, pandai memasak makanan kegemaran pun sudah cukup baginya. Ataupun setiap pagi wish ‘Good Morning’ dan ‘I Love You’.

Candle light dinner pun tidak perlu lah setaip minggu, lakukan setiap majlis hari jadi, atau majlis-majlis tertentu sahaja.



3. Gangguan dari pasangan yang bermasalah.

Wanita curang pada lelaki lain atau lelaki selalu mendengar kenyataan ini daripada wanita “Saya tak layak untuk awak”, “Saya tak baik untuk awak, awak lebih layak dapat yang lebih baik” mungkin kerana perbuatan lelaki tersebut. Jadi sebagai lelaki cuba lihat kekurangan anda yang menyebabkan si dia lari.

Panas baran? Terlalu banyak sangat merokok sehingga menganggu pernafasan teman wanita anda? Kaki perempuan? Minum air beralkohol? Hanya kerana sikap yang sukar nak ubah ini, ramai wanita berputus asa dan mencari lelaki lain.

4. Sifat obsess pada sesuatu.

Lelaki memang terlalu obsess jika suka sesuatu perkara, seperti gajet, kereta atau bola. Teman lelaki yang terlalu obsess dengan perkara tertentu sehingga leka dan tidak mengambil peduli atau mengambil berat lagi tentang teman wanitanya. Jika seorang lelaki berjanji untuk mengahwini seorang wanita, belajar lah untuk menjaga hatinya mulai sekarang ya!



5. Krisis di pertengahan usia atau masalah hormon.

Masalah krisis dipertengahan usia mampu merosakkan sesebuah hubungan. Ditambah pula dengan masalah hormon yang berlanjutan, ia membuatkan tekanan perasaan menjadi-jadi sehinggakan sifat curang itu semakin teruk.

6. Perasaan diabaikan.

Jika pasangan kepada seseorang wanita itu sering mengabaikannya dan kurang memberikan perhatian kepadanya, wanita akan lebih cenderung untuk mencari orang lain demi mencari seseorang yang lebih mengambil peduli tentang perasaan dan hati mereka.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen