Elakkan Hantar 4 Mesej Ini Ketika Cuba Berhubung Dengan seorang Lelaki.

 

Sebagai seorang wanita, anda tidak seharusnya tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu. Anda seharusnya lebih santai dan cool apabila berbalas kiriman mesej dengan seorang lelaki. Jangan kelihatan terlalu terdesak atau memaksa dirinya. Cuba untuk sembunyikan semua perkara itu walaupun anda benar-benar ingin melakukannya. Berikut adalah perkara yang anda perlu elakkan ketika berhubungan dengan seorang lelaki.



1. “Mengapa tidak membalas mesej?”

Fahami hakikat bahawa teman lelaki anda mungkin sedikit sibuk dengan kerja. Menghantar mesej yang membawa ke arah pergaduhan hanya akan merenggangkan hubungan. Jadilah sokongan dan bersabar. Kita semua mempunyai ruang peribadi.

2. Membangkitkan perkara yang lepas.

Ia adalah salah satu langkah paling lemah dalam membalas hujah pergaduhan bersama pasangan anda. Jangan cuba untuk mengungkit kesilapan pasangan yang lalu. Ia akan membawa kepada perjuangan yang tidak berkesudahan dengan anda berdua berusaha keras untuk menyakiti antara satu sama lain.


3. “Ada orang lain ke?”

Apabila anda merasakan hubungan anda tidak selamat cuba untuk berbincang dengannya. Jangan tiba-tiba menanyakan soalan yang membuat dirinya tidak selesa. Jika dia sedang sibuk untuk beberapa hari dan mengabaikan anda, cuba ambil langkah untuk mendekatinya. Bukan membuatnya semakin jauh.

4. Terlalu banyak sindiran.

Sindiran tidak akan menyakitkan sekiranya dilakukan dengan betul. Tapi jika anda berada pada tahap awal perhubungan, elakkan untuk lakukan ia. Anda mungkin akan menjadi tidak sopan.

Setiap nada dalam mesej ini mungkin berlainan cara pembacaannya. Ia mungkin hanya akan mendatangkan salah sangka dirinya terhadap anda. Jadi jangan silap langkah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,258 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen