Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Terlambat, Jika Pasangan Anda Kaki Pukul.

 

Wanita jika terlalu mencintai dan sayang pada pasangan, pasti masih tidak mahu meninggalkan pasangan mereka walaupun telah didera dan dipukul. Terlalu sayangkan hubungan yang telah lama dibina, dan terkapai-kapai keseorangan mahu mengekalkan hubungan.

Tahun ini kes wanita dipukul, didera dan dikasari oleh lelaki semakin menjadi-jadi. Lelaki sepatutnya melindungi wanita bukannya melepaskan geram dan melempiaskan amarah seperti patung. Jadi, sempena untuk melindungi kaum wanita daripada dikasari lelaki, anda patut lakukan perkara-perkara di dibawah supaya tidak berlaku dengan lebih teruk…



1. Anda perlu Kenali Pasangan dengan lebih dalam.

Jika anda sudah mencintai seseorang dan mahukan hubungan yang lebih serius, anda patut mengetahui latar belakang si dia, malah anda patut menguji kesabaran si dia. Sekiranya dia seorang yang cepat naik angin dan panas baran, dia mungkin seorang calon kaki pukul. Perhatikan cara dia mengamuk, jika dia suka menghentak barang atau membaling objek, anda boleh mula mengambil langkah untuk menjauhkan diri.

2. Jangan mencabar pasangan.

Wanita kadang-kala menguji lelaki sehingga mencabar wibawa mereka. Jangan terlalu emosi ketika berlaku pertelingkahan antara anda berdua, belajar untuk mengawal emosi supaya keadaan menjadi tenang. Malah jangan juka provok si dia sehingga menimbulkan rasa geram dan amarah.



3. Rekod tindakan ganas pertama.

Jika anda dipukul untuk kali pertama dan ia meninggalkan kesan, ambil gambar kesan tersebut dan catatkan masa dan tarikhnya sebagai bukti. Kerana ini mungkin permulaan untuk keganasan yang seterusnya. Jika boleh jangan melawan dan mencabar atau provok, sebaliknya cari peluang untuk lari keluar rumah atau ke tempat yang ramai orang.

Jika ia berulang, rekod semua bukti setiap kali anda di pukul.

4. Kongsikan cerita.

Wanita yang menjadi mangsa pukul selalunya degil dan lembut hati. Mereka percaya yang pasangannya perlu diberikan peluang untuk berubah. Jika anda tidak berhajat untuk melaporkan hal ini, kongsikan pengalaman anda dengan sahabat baik supaya apabila sesuatu yang teruk berlaku anda sekurang-kurangnya ada back up.



5. Laporkan.

Jangan tunggu sampai patah riuk baru nak ambil tindakan. Sayang itu ada hadnya. Laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya kamu dapat pengadilannya. Ketika inilah gambar bukti-bukti yang kamu di pukul berguna.

Anda juga boleh melayari https://www.kpwkm.gov.my/ untuk bantuan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen