Jenis-Jenis ‘Girlfriend’ Yang Akan Dijumpai Apabila Bercinta.

 

Setiap orang pasti mempunyai perangai yang berlainan. Begitu juga dengan teman wanita anda. Ia juga seseorang yang berbeza dari yang anda biasa tahu. Tidak semua wanita mempunyai sikap yang sama apabila mereka menjalinkan satu hubungan. Namun begitu, masih lagi ada yang sama seperti bersifat manja, inginkan perhatian dan pelbagai lagi. Berikut adalah beberapa jenis teman wanita yang mungkin anda jumpai. Jom ketahui.



1. Teman wanita yang rela berkongsi.

Berkongsi di sini bukan sanggup dicurangi, tetapi ia lebih kepada kongsi perbelanjaan ataupun kewangan. Mereka ini biasanya jenis tidak kisah dan memaksa. Mereka juga sangat mudah membantu anda apabila anda mengalami kesusahan. Bagi dirinya untuk memastikan hubungan berjalan lancar, pelbagai perkara perlu dikongsi.

2. Teman wanita Suka mengarah.

Anda juga mungkin berjumpa dengan wanita seperti ini. Mereka ini lebih suka mengarah anda untuk melakukan sesuatu seperti bos. Perubahan nadanya akan membuat anda akan menurut segala katanya. Wanita seperti ini biasanya sedikit keras kepala. Mereka ini merasakan anda sayang padanya dan dirinya berhak ke atas anda.

3. Teman wanita yang manja.

Mereka ini biasanya inginkan perhatian lebih. Mereka mahu anda sentiasa bersama dengannya. Mereka juga lebih keanak-anakan. Teman wanita sebegini biasanya mahu anda mengikut katanya tetapi dia menggunakan kaedah yang sedikit lembut.


4. Teman wanita yang tidak kisah.

Wanita sebegini suka berlagak ‘cool’. Mereka tidak mudah menunjukkan mereka cemburu atau perhatian daripada anda. Mereka juga tidak kisah dan sentiasa memberi ruang kepada anda. Tetapi dalam diam, dia akan cuba mencari tahu apa yang anda lakukan dan mengali semua tentang diri anda.

5. Teman wanita cemburu buta.

Cemburu itu biasa, tetapi yang cemburu buta ini agak sukar untuk ditangani. Mereka ini tidak boleh melihat anda bersama dengan sesiapa sahaja. Apa yang difikirkan adalah anda sedang curang bersama dengan yang lain. Mereka tidak cuba untuk mendengar anda, sebaliknya cuba untuk menyalahkan anda dalam setiap perkara.

Anda mungkin akan ditemukan oleh salah seorang daripada mereka. Jika anda bijak mengawal mereka maka mereka akan dengar kata anda. Tetapi jika anda gagal, mereka pula akan mengawal anda dalam perhubungan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen