Setelah Berkahwin Segalanya Berubah, Jadi Belajarlah Menyesuaikan Diri Dengan 8 Perkara Ini.

 

Setelah berkahwin dengan pasangan dan melepasi fasa berbulan madu, anda akan bakal mengetahui sikapnya dan situasi yang sebenar. Jika anda seperti tidak kenal siapa si dia yang sebenar, mungkin anda…



1. Kurang informasi.

Anda dan pasangan tidak bincang dengan betul tentang..

- Sama ada isteri perlu bekerja di luar rumah atau tidak?

- Adakah mereka perlu merancang menangguhkan untuk menimang anak?

- Di mana mereka akan tinggl selepas berkahwin nanti?

- Adakah mereka akan tinggal bersama ibu bapa atau berasingan?

2. Tidak tahu tentang tugas.

Seorang suami perlu bijak menguruskan rumah tangga kerana dia adalah ketua keluarga dan juga boleh merendah diri dan sanggup mendengar pandangan isterinya. Sekiranya berlaku perbezaan dalam cara berfikir, suami hendaklah kembali kepada petunjuk Al-Quran dan sunnah, dan janganlah biarkan perkara tersebut menjadi sumber tekanan dan masalah dalam perhubungan suami isteri.

3. Tidak didedahkan tentang ahli keluarganya.

Jangan membezakan suami atau isteri dengan ahli keluarga, dan sentiasalah menziarahi sanak saudara untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham di masa hadapan.

4. Tidak realistik.

Ketika ini anda perlu belajar menyesuaikan diri dengan kelemahan si dia yang anda tidak pernah lihat. Jika anda boleh menerima kelebihannya, perbaikilah kelemahannya.

5. Tiada perancangan.

Anda perlu merancang dan menyusun program bersama jangan lakukan berasingan seperti Solat Berjemaah, menghadiri majlis ilmu, fikirkan menu untuk masak setiap hujung minggu, menetapkan masa untuk balik kampung dan pelbagai isu lagi.

6. Terlalu mementingkan sahabat.

Berada bersama rakan-rakan adalah perkara yang menyeronokkan. Tetapi rakan adakalanya menjadi sumber pertikaian dalam rumah tangga. Sekiranya terlalu banyak masa dihabiskan bersama rakan, bererti semakin kurang masa untuk bersama pasangan.

Kadangkala rakan sebaya juga memberi nasihat yang salah dalam hal perkahwinan, yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam perkara tersebut. Jadi jalan penyelesaian adalah, jangan kongsikan hal rumah tangga dengan rakan termasuk sahabat baik, khuatir nanti perkara buruk akan berlaku.

7. Tidak tahu merancang perbelanjaan.

Perkara ini boleh mencetuskan perang besar antara suami dan isteri. Bagi mengelakkan masalah, suami dan isteri hendaklah merancang baget bersama.

8. Tidak tahu memberi ruang pada pasangan.

Perkahwinan tidak bererti segala-galanya mesti dilakukan bersama. Yang penting masing-masing hendaklah saling mengambil berat, saling memberi dan menerima malah menghormati antara satu sama lain. Dengan cara ini akan wujud keseimbangan dalam perhubungan suami isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen