Wahai Wanita, Skill Memasak Untuk Diri Anda Sendiri Kelak, Jadi Jangan Abaikan Tanggung Jawab Ini.

 

Majoriti wanita zaman sekarang mahukan bakal suami yang mampu menguruskan rumah tangga, kerana mahukan lelaki yang gentleman seperti Rasulullah SAW. Lelaki yang romantik, bijak mengambil hati isteri dan melayan kerenah manja mereka, malah pandai pula memasak semua jenis makanan. Wanita mana yang tidak cair bukan.

Memang benar segala urusan rumah tangga sebenarnya adalah tanggung jawab suami kerana ia adalah kerja yang berat dan melecehkan. Lebih-lebih lagi wanita zaman sekarang juga, bekerjaya mencari rezeki bersama. Tetapi wanita harus berfikiran secara terbuka dengan mengikut peredaran masa.



Lelaki dan wanita, suami dan isteri adalah saling melengkapi, bukan membuat sesuatu perkara yang berasingan. Ini kerana kelak masa hadapan, situasi seperti ini akan memerangkap anda..

Situasi 1: Dimana suami anda demam panas dan tidak larat untuk memandu apatah lagi memasak.

Anda pula sudah lah tidak tahu masak, bahkan nak memandu pun macam kura-kura pula. Anda mencari bubur instant kerana malas google untuk resipi tersebut, jika anda sampai lewat, tetapi mak mertua pula sampai dahulu daripada anda membawakan bubur untuk suami.

Alamak sis! Takut mak mertua dapat hidu perangai anda sebenar dan mula mengandaikan perkara yang buruk tentang anda. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku bukan?



Situasi 2: Ketika musim perayaan, sudah tentu semua anak menantu mahu memberi yang terbaik pada mak mertua mereka.

Dan di saat ini lah mereka semua mula menunjuk siapa yang beri duit raya yang paling banyak, hadiah baju raya siapa yang paling cantik, dan yang paling penting SKILL MEMASAK siapa yang paling terer.

Anda pula, potong bawang pun tidak tahu. Anda tahu atau tidak situasi begini sebenarnya memberi tekanan pada jiwa wanita, jika tidak tahu, bermakna anda hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bersedia untuk berkahwin.



Situasi 3: “Masakan mak la yang paling sedap” kenyataan sebegini lagi mengeratkan kasih sayang antara mak dengan anak.

Dimana-mana sahaja pasti kita akan teringat masakan mak, bukan? Jadi, adakah anda mahukan anak anda “Masakah makteh la yang paling sedap”.

Seperti kenyataan di atas, jika anda tidak kisah diperlakukan sebegini, bermakna anda terlalu mementingkan diri sendiri dan tiada usaha untuk memperbaiki keluarga anda.

Jadi, kebiasaannya, apabila seorang lelaki ketika bujang hidupnya tidak terurus pasti terus menganggap setelah berkahwin pasti isteri mampu menguruskan hidupnya. Jika anda pun 2x5 dengan perangai suami macam mana mahu menguruskan mereka? Kerana ini lah pasangan sering berantakan.

Skill sebegini sebenarnya mahu kan anda menjadi seorang KONFIDEN, TIDAK STRESS, TIDAK RASA DIPINGGIRKAN, MALAH TIDAK AKAN RASA MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen