Ciri-Ciri Pernikahan Yang Di Redhai Allah SWT.

 

Semua pasangan yang bakal bernikah pasti sudah tahu untuk mewujudkan kesederhanaan di dalam majlis perkahwinan nanti seperti di dalam artikel (Tips Untuk Hidup Kesederhanaan Dalam Perkahwinan). Tetapi adakah di dalam kesederhanaan tersebut diredhai Allah SWT?



Jadi, anda perlu tahu kesilapan ketika walimatul urus dan jangan lah lakukan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah SWT, khuatir ia akan terbalas dalam jangka masa yang panjang kelak seperti sukar mendapat rezeki yang berkat.

1. Di dalam islam tiadanya tepak sirih, ianya cuma adat sahaja dan akan menyerupai seperti majlis agama lain.

2. Islam mewajibkan Mas Kahwin bukannya wang hantaran. Zaman dahulu kos perbelanjaan tidak sama dengan zaman sekarang, jadi jika mahukan hantaran, jangan berbelanja dengan boros kerana ia amalan syaitan.



3. Pernikahan dalam Islam majlis tiada merenjis.

4. Pelamin juga jangan lah terlalu bermewah-mewahan hanya untuk menunjuk dan riak pada umum.

5. Hiburan yang galak seperti menari tidak boleh. Pernikahan adalah ibadah dan jangan lah rosakkan ibadah. Jika solat pun anda mahu lakukan sempurna dan diredhai Allah, lakukan untuk pernikahan juga.

6. Deejay atau pengurus majlis perlu sentiasa mengingati orang ramai untuk memberkati perkahwinan anda, berdoa dan memasang lagu-lagu yang diberkati Allah SWT.



7. Jika ibu bapa menyuruh kahwin seperti mereka zaman dahulu, ingatkan mereka secara baik dan berbincang, zaman dahulu dan zaman sekarang tidak sama terutamanya kos perbelanjaan. Jangan sehingga mengherdik dan terputus silaturrahim (Kahwin Lari Yang Tidak Diberkati)

8. Pengantin perlulah tutup aurat dengan sempurna.

9. Batal wudhu’ tiada dalam Islam juga.

10. Jika kenduri di siang hari, utamakan solat zuhur. Jangan terlalu leka untuk mengambil gambar hingga ke Asar.



11. Pernikahan di masjid tidak harus, kerana khuatir banyak perkara buruk tidak diingini akan berlaku seperti mengotori masjid, merosakkan barang di dalam masjid, membuat bising. Jangan mencabul kesucian masjid.

12. Hantaran untuk perbelajaan perkahwinan termasuk kenduri, jika mahukan wang tersebut hanya untuk bakal isteri, hantaran dijadikan sebagai mas kahwin.

Seburuk-buruk majlis, hadirnya si kaya tanpa si miskin.

Anda juga boleh menonton KESALAHAN WALIMATUL URUS dari USTAZ AMRAN YUSOF ini, untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Sama-sama kita kongsikan ilmu ini untuk orang ramai yang mahu bernikah dengan mudah dan diredhai Allah SWT.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen