Ketahui Punca Dirinya Masih Mencari Yang Lain, Walaupun Telah Miliki Anda.

 

Banyak daripada kita akan bermimpi hubungan sempurna dalam pernikahan yang sempurna dengan pasangan sempurna. Malangnya, kesempurnaan tidak selalu akan terjadi dan kita perlu menerima bahawa kita tidak selalu dapat memperoleh apa yang kita inginkan. Kita sering berharap apabila kita jatuh cinta dengan seseorang itu, mereka akan sentiasa ada untuk kita hingga akhir hayat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Berikut adalah punca mengapa si dia masih mencari yang lain.



1. Dia hanya mencari kawan.

Sudah menjadi kebiasaan seorang lelaki akan mencari rakan untuk berhibur. Anda tidak boleh menyalahkannya. Tetapi, jangan membiarkan dirinya menjalinkan hubungan dengan mudah, kerana ia membolehkan dirinya mudah untuk mencari pengganti anda.

2. Tertarik dengan apa yang tidak diperolehi.

Mereka melihat kebahagiaan orang lain, dan membandingkan kebahagiaan dirinya. Mereka ingin apa yang pasangan lain mahukan. Mereka juga mahu apa yang anda tidak mampu berikan.


3. Dia tidak berpuas hati dengan anda.

Mungkin dia fikir dia hanya membuat kesilapan. Mungkin hubungan itu gagal memenuhi harapannya dan dia tidak merasa terpenuhi sama sekali. Mungkin dia hanya cuba memanfaatkan keadaan dengan mencari cinta di tempat lain.

4. Rasa kurang dihargai.

Mungkin dia tidak merasakan anda menghargainya. Maka dengan itu, dia mula mencari apa yang mereka mahukan. Dan orang lain mampu berikan itu padanya.

Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan dirinya dalam hal ini. Mungkin anda juga melakukan kesilapan dalam hubungan kalian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,520 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen