5 ‘Trick’ Yang Wanita Gunakan Untuk Menguji Seorang Lelaki.

 

Biasanya lelaki sahaja yang akan menguji pasangannya. Namun kali ini, wanita pula boleh melakukan perkara yang sama untuk menguji kesetiaan dan kasih sayang pasangannya. Tetapi apa yang penting ialah menguji kesabaran dan ego seorang lelaki. Mereka juga ingin tahu, adakah lelaki yang mereka sayang itu mampu bersabar dengan perangai mereka. Mari kita ketahui apa trick yang biasa digunakan wanita.



1. Lambat membalas mesejnya.

Dirinya sengaja untuk tidak membalas mesej anda dengan segera. Mereka tidak mahu anda beranggapan dirinya menunggu anda sepanjang masa. Dia juga tidak mahu memberikan kesemua masanya kepada anda.

2. Menangis untuk melihat cara pasangannya mengatasinya.

Lelaki biasanya akan teragak-agak untuk mengatasi wanita yang menangis. Mereka tahu ini adalah ujian paling hebat buat lelaki. Maka dengan itu mereka ingin tahu bagaimana anda memujuk dirinya.

3. Menguji egonya setinggi mana.

Mereka memuji anda melalui penampilan dan intelek atau pencapaian anda. Dan mereka ingin tahu bagaimana anda berbangga akan perkara itu. Dari situ mereka akan melihat setinggi mana ego yang anda miliki.


4. Sering kali membuat diri terasa lemah.

Wanita ini tidak selemah yang anda tahu. Mereka ini sebenarnya berpura-pura lemah apabila di hadapan anda. Mereka lakukan ini demi mendapat bantuan anda. Dia sengaja melihat adakah anda orang yang boleh dipercayai atau sebaliknya.

5. Sengaja memulakan drama.

Sudah lumrah seorang wanita bahawa dirinya itu akan melakukan pelbagai drama. Tapi biasanya drama yang akan dilakukan ialah, membangkitkan beberapa isu yang alam. Mereka sengaja lakukan itu apabila hubungan itu dirasakan sedikit membosankan.

Jangan mudah terpedaya dengan wanita ini, mereka ini boleh sahaja menguji anda dengan sikap mereka yang manja dan manis itu. Tetapi jika anda tidak berjaya melaluinya anda bukan orang yang tepat untuk dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen