Tips Perkahwinan: 5 Cara Untuk Menghargai Pasangan.

 

Untuk yang bakal berkahwin, pelajari untuk menghargai pasangan selepas pernikahan bukan sahaja sebelum bernikah, supaya dapat membina mahligai yang stabil. Jom baca…

1. Jangan mengharapkan kesempurnaan dari pasangan.

Daripada awal perkenalan sehinggalah ke alam perkahwinan, sentiasa ingat bahawa pasangan anda bukan lah MALAIKAT. Mereka hanya lah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan, dan kadang-kala terlalu banyak urusan untuk dilakukan sehingga terlupa sesuatu perkara penting.

Oleh kerana itu suami dan isteri perlu mainkan peranan masing-masing, jika salah seorang terlupa, manakala yang lagi sorang tu, ingatkan mereka, atau tanda dalam kalendar.



2. Menerima keluarganya sebagai keluarga anda sendiri.

Selepas sahaja proses akad nikah, anda perlu ingat keluarga si dia adalah keluarga anda juga. Anggap sebagai keluarga kandung. Bukan sahaja pada momen ini anda perlu menerima keluarga si dia, bahkan sebelum pernikahan anda perlu menganggap ibu bapa nya, sebagai ibu bapa anda.

Kepada wanita, ketika ini lah anda perlu tahu dan menjaga hati ibu bapa si dia, malah menjaga aurat dengan yang bukan mahram.



3. Perancangan keluarga yang teratur.

Bukan sahaja di dalam syarikat anda perlu bentang laporan tahunan dan buat perancangan bertahun-tahun, malah di dalam rumah tangga juga, anda perlu lakukan urusan penting ini. Rancangan daripada honeymoon sehingga lah sudah beranak-pinak. Dimana keluarnya duit belanja, perbelanjaan perabot dan dapur, malah untuk anak-anak.

Untuk pelajaran anak-anak juga jangan lupa.



4. Sentiasa ajak berbincang walaupun isu yang kecil.

Perkara ini sering terjadi pada wanita yang suka sangat bicara walaupun perkara itu tidak penting. Si suami pula seperti tidak endah dengan perbualan si isteri kerana menganggap ia tidak penting. INGAT! WANITA MENGAMBIL BERAT PADA SEMUA PERKARA TERUTAMA SETELAH BERKAHWIN.

Jadi, pada lelaki, jika isteri anda membebel sila beri respond dan berbincang dengan mereka.



5. Mementingkan kasih sayang.

Cara untuk menghargai kasih sayang adalah dengan memberi sepenuh perhatian kepada mereka, ketika mereka sakit, marah, sedih, dibuang kerja, dimarahi boss, apa-apa sahaja supaya emosi masing-masing tidak terganggu.

Jika sudah mempunyai anak, ingatkan pada anak-anak bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu, dan ajar mereka untuk tidak derhaka kepada ibu. Setelah berkahwin, sudah pasti syurga anak perempuannya akan berubah di bawah tapak kaki suami pula. Sentiasa memberi peringatan, akan membuatkan anak-anak dan pasangan bijak memberi kasih sayang.



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,177 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen