Suami Kerja Berpangkat Besar, Tetapi Masih Lagi Tidak Bahagia, Kenapa?

 

“Bahagia itu Datangnya Dari Allah SWT…”

Ramai di antara kita merungut, kenapa perkahwinan yang telah lama terjalin, tetapi masih lagi tidak bahagia? Macam-macam perkara dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, tetapi masih lagi bertelagah. Membaca tips untuk keluarga bahagia, tetapi masih juga tidak bahagia.



Adakah bahan bacaan kita atau ilmu yang kita pelajari kerana Allah SWT?

Jom hayati kisah dari Encit Matt ini…

Ada orang kahwin tidak bahagia. Dapat pasangan baik, rajin pun tidak bahagia. Ada juga yang dapat anak ramai tidak bahagia. Suami kerja hebat, pangkat tinggi pun tidak bahagia. Ada juga dapat isteri cantik, suami hensem tidak bahagia.



Sebab bahagia itu…

Apabila ada cinta Allah SWT dan Rasul dalam jiwa.

Kahwin kerana Allah SWT, anak ramai kerana Allah SWT, kaya kerana Allah SWT, rajin bantu pasangan kerana Allah SWT.

Penat jaga rumah tangga kerana Allah SWT.



Susukan anak kerana Allah SWT, cari rezeki kerana Allah SWT.

BERPISAH pun kerana Allah SWT.

“Inilah bahagia yang sebenarnya walaupun penat jaga rumah tangga…

Tidak dapat anak setelah berkahwin 10 tahun, suami bukan pelawak, isteri tidak pandai masak, tidak pandai kemas rumah. Oleh kerana perkahwinan itu semata-mata NIAT untuk dapat REDHA Allah SWT dan Rasul. Maka Allah SWT akan hadirkan bahagia itu dari pelbagai cara….”



Kepada Isteri.

“Sebelum lelapkan mata mohon maaf kepada suami. Mungkin hari ini buatkan suami terasa hati. Mungkin hari ini burukkan suami kepada orang lain…

Jangan lupa juga ucap terima kasih tak terhingga kepada suami kerana berusaha sebaik mungkin untuk bahagiakan keluarga ini. Keluar pagi balik malam cari rezeki, ada suami sakit macam mana pun kuatkan diri juga untuk keluar mencari rezeki…

Ucapan terima kasih walaupun nampak kecil tapi cukup memberi kesan kepada jiwa seorang suami. Percayalah kata-kata yang indah dari seorang isteri buatkan jiwa seorang suami jadi lembut dan itulah doa isteri buat suami…”

HARGAILAH SUAMI DAN ISTERI ANDA SELAGI MEREKA DISISI.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen