Tahniah! Dayah Bakar Akhirnya Selamat Bergelar Isteri.

 

PENGACARA program Borak Kopitiam, Dayah Bakar akhirnya bertemu jodoh dengan jiran rumahnya semasa kecil dan selamat diijab kabulkan dengan bapanya sendiri jam 9.38 pagi semalam (29 JUNE 2018).

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, berkata dia dan bakal suaminya, Kapten Hanif Hamidi, pernah belajar di sekolah yang sama selama tiga tahun.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah, Cerai, Rujuk, Masjid Ar Rahimah dari Jabatan agama islam wilayah persekutuan, Muhamad Nazri Ramli.

Pada majlis berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.

Dayah Bakar yang sopan menyarungkan busana Azura Couture dan muka ditata rias cantik oleh Yna Sakinah, Kisah Dayah dan Hanif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila dia memuat naik foto mereka ketika zaman kanak-kanak.

Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan.

Tambah Dayah lagi, dia pernah menerima surat cinta daripada Hanif, 29, namun ketika itu hanya menganggap lelaki itu hanya kawan.

Dalam perkembangan lain, Dayah baru sahaja mengeluarkan single pertama berjudul Imamku selepas beberapa tahun menyimpan hasrat menjadi seorang penyanyi.

"Lagu ini saya cipta sendiri dah lama. Cuma takut nak bagi orang dengar. Tapi kalau kita tak cuba, tak tahu kan," katanya.

Tahniah!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,999 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen