5 Perkara Pasangan Bahagia Akan Lakukan Jika Berlakunya Pergaduhan.

 

Kadang-kala orang diluar pasti tertanya-tanya tentang pasangan yang hanya menunjukkan kebahagiaan di sosial media, namun tidak nampak segala pergaduhan antara mereka berdua. Kenapa? Adakah mereka tidak pernah bergaduh atau bersengketa? Ini sebabnya…

1. Mengurangkan isu yang bakal menambahkan konflik.

Apabila sedang marah, sudah tentu minda seperti dirasuk syaitan untuk melemparkan segala kata-kata kesat dan mengungkit kesalahan pasangan. Oleh kerana itu, latih lah diri anda dari sekarang untuk mengelakkan isu yang bakal memanjangkan konflik kalian dan sebut perkara yang positif sahaja.

“Awak tahukan saya sayangkan awak, saya taknak semua benda ni jadi, PLEASE”

2. Elakkan sikap yang akan memburukkan keadaan.

Latih diri untuk mengelakkan berkata-kata kesat, lucah, carutan dan makian. Belajar untuk minimum kan kata-kata tersebut. Kata-kata carutan begini lah yang akan merosakkan hubungan kalian berdua. Disebabkan itu lidah kita perlu dibasahi dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan zikir kerana mahu mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Kurangkan sikap yang negatif ini. TANAMKAN KATA-KATA POSITIF MULAI SEKARANG!



3. Jangan secara total menyalahkan pasangan.

Pasangan yang mempunyai hubungan yang sering berantakan kerana menyalahkan si dia secara 100%. Hanya menganggap kata-kata mereka yang betul akan membuatkan pasangan mudah berasa bersalah, sering meminta maaf dan tertekan. Pendapat mereka seolah-olah tidak dihiraukan.

Jadi, letakkan kesalahan yang sama rata antara anda berdua 50-50.



4. Jangan mengharapkan kegembiraan daripada pasangan.

Tipikal jawapan yang anda akan sering dengar adalah SAYANGI DIRI ANDA DAHULU. Bukan lah tanggung jawab pasangan secara total untuk membuatkan anda bahagia sebenarnya, jika anda sendiri tidak sayang pada diri sendiri, tidak pandai mencari kebahagiaan dan kegembiraan, jadi bagaimana pasangan mahu menerima aura positif daripada anda? Logik?

Dan jangan terlalu mengharapkan perubahan yang cepat daripada pasangan, semuanya akan mengambil masa.



5. Ambil tahu jika pasangan memberitahu perkara yang benar.

Kadang-kala kita seperti malas mahu mendengar kata-kata pasangan, apatah lagi apabila mereka membebel. Ini sering terjadi pada wanita yang sering membebel, manakala lelaki hanya membuat tidak tahu pada bebelan tersebut.

Jika si wanita memberitahu perkara yang benar, JANGAN MELAWAN DAN BELAJAR MENGAKUI KESILAPAN SENDIRI. Situasi ini tidak semestinya terjadi pada wanita sahaja, jika lelaki suka membebel juga, wanita jangan lah cepat melenting. DENGAR DAN FAHAMI KEBENARAN TERSEBUT.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen