Ketagihan Media Sosial Adalah Tidak Baik Untuk Perhubungan.

 

Semua orang mempunyai media sosial, tidak kira lah ketika dalam hubungan ataupun tidak. Seseorang yang terlalu cenderung terhadap media sosial adalah tidak baik untuk dirinya sendiri. Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai pasangan tetapi lebih cenderung melayani media sosial juga akan tidak elok untuk perhubungan itu. Mengapa ketagihan media sosial tidak baik untuk satu perhubungan? Mari kita ketahuinya.



1. Status hubungan di media sosial.

Sesetengah pasangan suka bersifat terbuka, iaitu dengan memberitahu dengan siapa mereka menjalinkan hubungan. Sesetengahnya pula tidak. Dan ada juga yang meletakkan sebagai rumit terhadap hubungan itu. Ia akan menyebabkan pihak lain tertanya-tanya dan menimbul keraguan pasangan.

2. Berbalas komen dengan berlainan jantina.

Pasangan anda pasti mudah berasa cemburu apabila anda sering berbalas komen dengan orang yang berlainan jantina. Ini akan menyebabkan pasangan juga akan melakukan perkara yang sama dengan. Ia juga akan menimbulkan ketidaksefahaman bagi hubungan anda berdua.

3. Tidak sefaham dalam isu di media sosial.

Dalam media sosial banyak isu yang akan berbangkit, maka dengan itu anda dan pasangan pasti akan mengikuti isu tersebut. Sudah pasti anda dan dirinya mempunyai pendapat yang berlainan. Ia akan membuatkan anda mudah untuk memandang negatif terhadap pasangan anda.


4. Pasangan suka meluahkan perasaan di media sosial.

Meluahkan perasaan atau memberi pendapat berhubung satu isu itu tidak mengapa. Tetapi ia menjadi satu hal yang lain apabila pasangan anda mula menceritakan masalah yang dihadapinya bersama anda di media sosial. Itu akan menyebabkan anda dan dirinya bergaduh

5. Pasangan sentiasa dengan media sosial 24/7.

Jangan mudah percaya seseorang itu tidak akan membuka media sosialnya untuk jangka masa yang lama. Melainkan dirinya terikat dalam kerja ataupun waktu tidurnya. Tetapi jika pasangan anda mula menggunakan media sosial untuk beriadah, itu bermakna ia tidak melakukan apa-apa dalam masa itu. Tetapi lebih memilih untuk mengabaikan anda.

Bermain media sosial itu tidak salah, tetapi jangan kerana media sosial anda kehilangan hubungan anda. Anda seharusnya pandai membahagikan masa antara waktu untuk bermedia sosial serta waktu untuk pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen