Fokus 5 Perkara Ini Untuk Dapatkan Jodoh Yang Terbaik. Jangan Berlengah, Segera Fokus!

 

Walaupun perkahwinan selalunya nampak indah dan sangat romantis, sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kita semua selalu berangan nak berkahwin dengan pasangan yang luar biasa - akhlak baik seperti Rasulullah SAW, beriman seperti Abu Bakar, memahami seperti Khadijah RA, berani seperti Hamzah, kaya seperti Abdul Rahman bin Auf, dan kacak seperti Nabi Yusof. Tapi kemana pun anda cari, pasangan yang sempurna takkan dijumpai kerana mereka tak wujud. Yang tampak sempurna itu hanya dalam angan-angan sendiri. Di alam realiti, anda perlu gunakan tips yang kami sediakan ini untuk bantu anda cari pasangan hidup.



1. Berkawan dengan orang-orang yang baik.

Orang kata kalau nak pasangan yang baik, kita sendiri kena jadi baik. Dan kelakukan kita selalunya dipengaruhi oleh orang sekeliling kita. Jadi untuk jadi orang yang baik, berkawanlah dengan orang-orang yang baik. Semoga lama-lama kita akan ikuti tabiat baik mereka. Selain itu juga, selalunya orang-orang yang baik ini ada ramai kawan-kawan yang baik. Mana tahu mereka ada kawan yang baik yang sesuai dijadikan calon pasangan anda, kan?



2. Perlu realistik.

Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seindah alam realiti. Jadi jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Perjalanan hidup anda masing panjang. Kebanyakan wanita yang bersuamikan lelaki hebat dah berkahwin dengan suami mereka sebelum mereka ada apa-apa. Jadi berikan masa kepada satu sama lain untuk bina hidup bersama. Saling membantu dan sokong satu sama lain. Kalau mahukan yang terus dah berjaya dan sempurna, memang tak ada!

3. Libatkan ibu bapa.

Masih ramai anak muda yang tak selesa libatkan ibu bapa dalam hal sebegini. Ada yang malu, ada juga yang takut terlalu 'ditekan' untuk berkahwin dengan orang yang diri sendiri tak berapa suka. Cuka bersikap terbuka. Bincang dengan jujur. Kalau tak berjaya, gunakan jalan tengah. Mungkin anda boleh bincang dengan abang atau sesiapa yang boleh berbincang dengan ibu bapa anda. Ibu bapa anda adalah orang yang sanggup berkorban apa saja untuk anda, jadi kenapa tak tanya pendapat mereka?



4. Buat persediaan secukupnya.

Kadang-kadang, ada orang yang terlalu tergesa-gesa nak berkahwin. Mungkin usia dah meningkat, atau kawan-kawan semua dah berkahwin, jadi ramai yang fikir mereka dah bersedia walaupun hakikatnya Nabi Muhamad SAW menyuruh kita berkahwin bila sudah mampu. Mampu berkahwin bukan bermaksud dah bersedia dari segi fizikal atau ada wang yang banyak, tapi mental dan fikiran perlu betul-betul stabil untuk mengharungi susah senang sebuah perkahwinan. Cinta atau hati yang baik saja tak cukup untuk berkahwin. Ikatan ini boleh membawa kita ke Syurga atau ke Neraka. Di akhirat nanti, kita semua akan ditanya tentang tanggungjawab kita, termasuk terhadap suami isteri dan keluarga kita jadi sementara masih ada masa, buatlah persediaan sebaiknya!

5. Jangan lupa berdoa.

Doa kan senjata orang mukmin, jadi gunakannya. Allah SWT adalah tujuan segala-galanya dalam hidup kita. Kalau ada iman dalam dada, anda mesti percaya bahawa Allah SWT sentiasa mendengar doa hambaNya, dan anda takkan rasa bosan mengadu padaNya. Kalau anda usaha, tak berhenti berdoa dan tak putus asa, Allah SWT pasti dengar dan tolong hambaNya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,457 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen