Apabila Diri Terlalu Penat, Lakukan 4 Perkara Ini. Panduan Untuk Wanita Bergelar Isteri.

 

Secara lahiriah, menjadi seorang wanita itu sememangnya memenatkan, kerana mereka terlalu peka dengan keadaan sekeliling, malah perasaan orang lain. Disebabkan hal ini, wanita mudah berasa tertekan kerana tidak mahu mengambil mudah semua perkara terutamanya yang bergelar isteri dan ibu pada anak-anak.



Jadi, untuk elakkan diri menjadi terlalu penat, lakukan perkara di bawah..

1. Minta Time Off.

Sering kita mendengar tentang ‘Me Time’ yang bermaksud untuk bersendirian seketika setelah penat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri mahu pun ibu pada anak-anak. Suami yang baik dan gentleman pasti tahu tentang lelah anda untuk menguruskan rumah tangga.

Tidak salah luahkan pada suami “Abang, saya penat. Saya stress. Boleh jagakan anak-anak kejap?”

Jangan pendam, kongsi dengan suami apa yang anda rasa supaya mereka faham.



2. Meluahkan perasaan.

Seboleh-bolehnya elakkan meluahkan perasaan pada pihak ketiga tentang rumah tangga anda, tetapi jika terlalu berat untuk memendam, luahkan pada orang yang anda PERCAYAI SAHAJA, bukan orang luar.

Atau anda boleh sahaja menulis diari.

3. Jangan membandingkan hidup anda dengan orang lain.

Anda tahu bukan sosial media adalah tempat orang suka menunjukkan kebahagiaan mereka, jadi elakkan sentiasa STALK account orang lain kerana khuatir anda akan membandingkan hidup mereka dengan diri anda sendiri.



Hidup ini atas pilihan masing-masing. Kita akan mudah tertekan jika terus membanding hidup dengan orang lain. Sayangilah diri anda sendiri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Jangan sering menyalahkan diri sendiri, jika ketika itu anda termarah anak-anak atau suami, cuba bertenang dan lakukan yang terbaik pada hari esok. Jangan ulanginya lagi. Setiap hari adalah peluang dari Allah untuk jadikan diri hambaNya yang lebih baik, Insya Allah.

4. Jumpa konsultansi pakar psikologi.

Jika anda masih lagi merasa tertekan, migraine walaupun setelah berehat, jumpa lah dengan pakar psikologi untuk mendapatkan nasihat.



Bukan lah bermaksud kita ni gila apabila bertemu dengan mereka, cuma dengan bantuan professional kita akan di diagnose sama ada kita hanya mengalami stress biasa atau murung yang melampau. Oleh itu, jika sudah tahu keputusannya, anda akan dirawat dan dijaga oleh mereka untuk stabilkan kembali emosi anda.

Kita tidak akan nampak dengan mata kasar luka dihati, jika anda hanya memendam khuatir akan memakan diri. Maka, jangan malu untuk bertemu doktor untuk mendapatkan konsultansi dan rawatan.

Sayangilah diri kita dan jangan tanggung seorang diri. Fikirkan orang yang kita sayang dan orang yang menyayangi kita.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen