Ciri-Ciri Imam (Bakal Suami) Yang Mampu Menggetarkan Jiwa Wanita.

 

Jika lelaki pasti suka melemparkan ayat “Bergetar tulang rusuk” apabila berjumpa dengan wanita yang cantik dan mampu mencairkan hati mereka. Jika wanita, bagaimana pula? Lelaki yang bagaimana mampu menggetarkan jiwa mereka pada zaman sekarang?...



1. Rajin mencari rezeki.

Sudah tentu pada zaman sekarang, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat membuatkan wanita mahu lelaki yang rajin mencari rezeki. Dimana wanita sekarang juga bekerja keras mencari rezeki, mereka juga mahukan bakal suami yang sama-sama membantu meningkatkan pendapatan.

2. Mampu menggantikan peranan sebagai bapa.

Wanita pasti mencari lelaki yang dapat melindungi mereka daripada bahaya yang menimpa. Jika sebelum ini bapa lah yang selalu melindungi mereka, kali ini mereka rela dinikahi kerana mereka mempercayai lelaki tersebut dapat melindungi mereka.



3. Pandai menjaga darjat diri.

Bukan sahaja lelaki mahukan wanita yang bijak menjaga maruah, wanita juga mahukan lelaki pandai menjaga diri, dan segala kata-kata akan dikotakan. Mereka juga mahukan lelaki yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan jauhkan diri dari kemungkaran.

4. Berkebolehan dalam urusan rumah tangga.

Pasti beruntung wanita tersebut jika memiliki suami yang bijak menguruskan rumah tangga, lebih-lebih lagi kebolehan memasak. Oleh kerana kedua-duanya keluar mencari rezeki bersama, sudah pasti kadang-kala wanita juga mahukan suaminya memasak pula.



5. Mempunyai sepenuh kepercayaan kepada perempuan.

Jika lelaki selalu mengandaikan hanya wanita sahaja yang suka bersangka buruk, lelaki juga tidak lari dari perasaan ini, cuma mereka tidak tunjuk secara terangan sahaja. Wanita juga mahukan lelaki yang mempunyai kepercayaan kepada mereka.

6. Berfikiran Luas dan bermatlamat jauh.

Wanita mahukan lelaki yang ada pendirian tetap dan bermatlamat jauh untuk merancang masa depan. Otak yang bergeliga dan sentiasa memikirkan kemajuan dan tidak memakan harta perempuan malah tidak mengharapkan titik peluh mereka.



7. Mudah memaafkan.

Lelaki yang sukar mengungkapkan kata maaf, tinggi egonya. Jadi, wanita mahukan lelaki yang mengaku kesalahan mereka dan yang pasti tidak mengulanginya lagi.

8. Datang daripada keturunan orang baik-baik.

Lelaki yang baik pasti mempunyai akhlak dan budi bahasa yang mulia. Malah keluarga lelaki juga daripada keturunan yang baik-baik, dan jika dikurniakan zuriat nanti juga akan lahir dari keturunan yang baik-baik juga. Insya Allah.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen