Wanita Berhati Kering? Sekering Manakah Hati Mereka, Mari Ketahuinya.

 

Perkataan hati kering ini kerap kali digunakan untuk menunjukkan seseorang yang degil, tidak takut pada sesiapa, dan juga berani berhadapan dengan apa jua risiko yang bakal dihadapi dalam hidupnya. Biasanya, seseorang yang layak dipanggil hati kering ialah mereka yang tidak pernah serik melakukan sesuatu yang mencabar dalam hidupnya. Jadi, wanita yang mempunyai hati kering ini lebih berani dengan sesuatu yang akan mereka hadapi. Mereka juga lebih mendiri akan aturan hidup mereka. Berikut adalah beberapa ciri akan seseorang wanita yang berhati kering.



1. Tidak peduli pada pembenci.

Dia tidak berminat untuk tahu bahawa dirinya telah dibenci. Dia tahu bahawa dirinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Maka dengan itu, dia hanya mementingkan pendapat-pendapat orang yang penting dalam hidupnya. Jika tidak, dia tidak akan membiarkan kata-kata orang lain mempengaruhi hidupnya.

2. Tidak menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar.

Dia selalu menjadi dirinya sendiri, tidak kira di mana pun dia berada. Dia tidak peduli sekiranya orang lain akan berkata mengenai kelakuannya. Dia tidak akan bersembunyi di belakang sesiapa pun. Dirinya juga sentiasa berbangga akan dirinya sendiri. Dan dia tidak akan mengubah dirinya untuk sesiapa pun.

3. Dia tidak peduli akan kisah hidup seseorang itu.

Dia tidak kisah akan masa lalu seseorang. Bagi dirinya adalah siapa seseorang itu pada masa ini. Dia tahu menilai seseorang berdasarkan kisah lalunya itu adalah salah. Dan pasti ada sebab tersendiri mengapa perkara seperti itu berlaku pada dirinya.


4. Tidak peduli dengan fesyen dirinya.

Dirinya sangat berkeyakinan, maka dengan itu dia tidak pernah kisah akan gaya yang dikenakan pada dirinya. Dia memakai apa sahaja yang dia mahukan berdasarkan keselesaan dan kemahuan dirinya. Dia kerap memakai yang memenuhi cita rasanya bukan orang lain. Bagi dirinya, dia memakai untuk dirinya bukan untuk orang lain.

5. Dia tidak peduli dengan kekurangan sokongan.

Dia tahu kehidupan agak sukar apabila kekurangan sokongan daripada seseorang yang dicintai. Tetapi, apa cara yang dia tahu adalah belajar untuk menjaga dirinya sendiri. Dia tahu dia perlu kuat sehingga mampu mengatasi kebimbangan dan masalahnya sendiri.

Mereka yang berhati kering ini biasanya selalu mengabaikan apa yang diperkatakan orang lain terhadap dirinya. Bagi mereka, mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi ia adalah lebih cukup untuk memuaskan hati sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen