Ciri-Ciri Wanita Yang Akan Ke Syurga.

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.”"(HR. Ahmad; shahih)

1. Menjaga solat lima waktu.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang membezakan antara orang mukmin dengan orang kafir. Setelah seseorang bersyahadah dan beriman, maka bukti keimanannya yang pertama adalah menunaikah solat.

Solat juga merupakan amal pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Jika solat seseorang itu baik, maka Insya Allah amalannya yang lain juga baik.

2. Berpuasa di bulan Ramadhan.

Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga dan wajib ditunaikan oleh setiap muslimah yang telah baligh. Jika di bulan Ramadhan seorang muslimah berhalangan puasa kerana haid, ia wajib menggantinya di bulan lainnya.

3. Menjauhi zina.

Zina merupakan dosa besar yang sangat keji dan SAMA SEKALI DILARANG MENDEKATI ZINA.

Misalnya ber’couple‘, ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas), atau menggoda lawan jenis yang terutama bukan suaminya.

4. Taat kepada suami.

Dalam Islam, suami adalah pemimpin dan seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi masih berlandaskan syarak Islam dan tidak melakukan maksiat.

5. Penuh kasih sayang.

Wanita secara lahiriah memiliki perasaan kasih sayang yang melimpah untuk suami dan anak-anaknya. Dengan kasih sayangnya mampu menguatkan suami untuk berbakti kepada Allah SWT. Dengan kasih sayangnya juga mampu membesarkan anak-anak yang akan menjadi generasi masa depan.

6. Melahirkan keturunan.

Rasulullah SAW membanggakan umatnya yang berjumlah banyak atas umat Nabi-Nabi sebelumnya. Kerana isteri yang melahirkan keturunan kemudian mendidiknya menjadi generasi yang soleh mendapatkan kedudukan istimewa.

7. Sentiasa berusaha mencari keredhaan suami.

Isteri-isteri yang selalu berusaha mencari keredhaan suami adalah isteri-isteri yang dirindukan syurga.

“Isteri-isteri kalian yang termasuk ahli syurga adalah: yang penuh kasih sayang, yang melahirkan keturunan, yang kembali (bersandar) kepada suami; jika suaminya marah, ia datang kepadanya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya sembari mengatakan, "Aku tidak akan tidur sampai engkau meredhaiku."”(HR. An Nasa’i dan Thabrani)

Mereka tidak ingin membuat suaminya marah dan apa yang digambarkan dalam hadis diatas, jika suaminya marah, ia merajuk dan merayu suaminya agar kemarahannya reda.

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen