Bukan Hanya Kecantikan Yang Lelaki Pandang, Tetapi Bolehkah Anda Senyum Dan Menenangkan Hati Si Dia?

 

Para lelaki memang sukakan kecantikan, terutama apabila kekasih hatinya bersolek untuk dirinya sebelum dan setelah berkahwin. Memang benar bersolek untuk suami itu penting, tetapi adakah wanita zaman sekarang mampu bersabar, tersenyum dan bijak menenangkan hati suami?

Sifat lemah lembut wanita yang akan menjadikan suami merasa senang dan tenang bersama.



MEMILIKI SENYUMAN YANG SELALU MENGHIASI WAJAH ADALAH HAL TERPENTING.

Untuk apa jika wajah cantik tetapi tidak pandai untuk mengukirkan senyuman, malah sentiasa bermasam muka? Hati dan  akhlak pula tidak pernah menenangkan hati suami saat bersama. Tampak biasa sahaja, namun ketulusannya luar biasa.

MANISNYA MEKAP MUNGKIN HANYA MENYEJUKKAN MATA, TAPI MANISNYA SABAR AKAN MENYEJUKKAN HATI SUAMI.

Ketahuilah, manisnya make-up itu hanya sementara dan mungkin ia boleh menyejukkan mata dan menyenangkan bila dipandang. Tapi manisnya sabar akan selalu menyejukkan hati.

Secara asanya, menjaga diri agar tetap baik di mata suami itu perlu, tetapi jangan pernah lupa untuk terus menjaga hati dan akhlak pula agar tetap sabar dan ikhlas mengurus dan mengabdi pada suami.



SUAMI MEMANG MEMERLUKAN ISTERI YANG WAJAHNYA SEDAP DIPANDANG, TAPI IA LEBIH MEMERLUKAN ISTERI YANG WAJAHNYA MENYEJUKKAN.

Sebab lelaki memang memerlukan wanita yang wajahnya sedap dipandang, lelaki memang suka melihat wanita yang bijak mengurus dirinya, tapi sedarlah bahawasannya ia lebih memerlukankan wanita yang wajahnya menyejukkan.

Lelaki memang memerlukan wajah wanita yang sentiasa terhias dengan senyum setulus hati, yang penuh kesabaran dan keikhlasan, lebih-lebih lagi ketika si lelaki dilanda masalah dan patah semangat.



BUKAN MANISNYA PARAS YANG DAPAT MELULUHKAN JIWA SUAMIMU, TAPI MANISNYA SABAR YANG SELALU KAMU PERSEMBAHKAN UNTUKNYA.

Wanita perlu sentiasa ingat bahawa bukan pada warna warni solekan yang dapat meluluhkan jiwa suami ketika hatinya gundah gelisah, tetapi manisnya sabar dan perlakuan untuk dipersembahkan padanya.

SENYUMAN seorang wanita lah yang mampu menguatkan diri dan jiwanya sebagai lelaki di saat hatinya merintih meminta pertolongan dan sokongan daripada isteri yang optimis.

Solekan mekap hanya lah sementara dan tidak mampu untuk memancarkan akhlak seseorang wanita.

Semanis-manisnya paras wanita akan tetap membosankan bagi lelaki manapun, jika hati dan akhlaknya tidak boleh diperhitungkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen