Dulu Aku Dah Solat Istikharah, Aku Memang Nampak Dia, Tapi Kenapa Jadi Macam Ni?

 

Bila ada bayang-bayang jodoh akan datang, kita selalu dinasihatkan untuk dirikan solat istikharah untuk 'dapat petunjuk'. Kurangnya ilmu kita, sampai ada anak muda boleh yang ambil kesempatan. Contohnya bila perasaan pada si dia dah hilang, digunakan alasan, ' Saya dah solat istikharah, dan bukan awak yang saya nampak dalam mimpi saya '. Selang beberapa lama, bila jodoh tak kesampaian, istikharah juga yang disalahkan.



'Dulu aku dah istikaharah, aku memang nampak dia, tapi kenapa jadi macam ni?'

Sedangkan istikharah bukan alat untuk tentukan siapa yang patut kita nikahi. Istikharah adalah cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk dapatkan ketetapan hati dalam apa jua keputusan yang kita nak ambil, bukan hanya dalam hal mencari jodoh.

Jabir bin Abdullah berkata, Nabi SAW pernah mengajarkan kami istikharah dalam setiap perkara, sebagaimana baginda mengajarkan surah dari al-Qur'an. Baginda bersabda: 'Jika salah seorang dari kalian menginginkan sesuatu maka hendaklah dia mendirikan solat dua rakaat, kemudian berdoa (yang maksudnya):

Ya Allah! Aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon ketentuan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu akan limpah kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan tersebut) adalah baik bagiku demi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, tentukanlah ia bagiku.

Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini adalah buruk bagiku demi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta tentukanlah apa jua kebaikan untukku kemudian redakanlah aku dengannya.' (HR Bukhari)



Akal dan fikiran.

Agama tak menjadikan kita hamba yang bodoh. Kan Allah SWT dah kurniakan kita akal, tapi kenapa dalam soal mencari jodoh, kita seakan-akan lupa akan nikmat Allah yang satu ini? Kita juga ada keluarga, dan sahabat yang sayang dan mahukan yang terbaik untuk kita. Tapi dalam membuat keputusan yang sepenting ini, kenapa kita selalu memilih untuk membelakangkan mereka? Kita pilih untuk percaya kepada mimpi yang sebenarnya dipengaruhi oleh perkara yang selalu kita fikirkan. Tapi kita terus yakin yang itu semua 'petunjuk dari Tuhan'. Sedangkan kita bukan Nabi, jadi mimpi kita tak boleh dijadikan dalil.

Sebenarnya sebelum istikharah, kita perlu istisyarah - minta pendapat orang lain yang kita percaya contohnya ibu bapa tentang situasi kita. Belajar terima pandangan orang lain sambil mendapat restu mereka. Khususnya dalam hal mencari jodoh, bincangkan baik buruk sifat calon pasangan kita, sesuai atau tak dia dengan personaliti kita, apa cabaran yang mungkin kita hadapi dan cara baikinya dan sebagainya. Setelah berbincang dan ada keputusan yang dirasakan betul, dirikanlah solat istikharah untuk dapatkan keyakinan. Kalau dengan sekali istikharah hati kita masih belum yakin, buatlah istikharah yang kedua dan ketiga atau keempat sampai hati kita merasa tetap dengan keputusan kita. Kalau keputusan yang kita dah buat itu betul, hati kita akan tenang dan urusan kita untuk melaksanakan perkara itu akan dipermudahkan, inshaAllah. Sepatutnya contoh dari Rasulullah SAW inilah yang kita tiru, bukan doa semata-mata dan hanya tunggu 'wahyu' yang baru.



Bersederhana.

Tujuan istikharah adalah supaya Allah SWT tetapkan hati kita. Supaya kita tahu, Allah SWT redha dengan keputusan yang kita ambil. Sebab itulah, petunjuk dari istikharah tak datang dalam bentuk mimpi atau petanda yang pelik-pelik. Gunakan dulu akal fikiran dan jangan lupakan orang yang ada disekeliling kita. Paling penting, jangan bersandar pada mimpi semata-mata dan jangan jadikan ia alasan untuk menolak atau memaksa seseorang menerima kita. Perjalanan kita masih panjang, jangan terlalu taksub dengan mimpi hingga kita tak boleh berpijak di alam realiti. Kita dirikan istikharah, sebab kita nak cari redha Allah. Itu yang utama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen