Awak Cantik Tapi…

 

Menjadi seorang gadis malah wanita pasti sukakan kecantikan. Tetapi pada zaman sekarang, bagaikan susah untuk mencari kecantikan wanita di dalam dan luaran juga. Yang cantik hanya pada luaran sahaja, dan yang dijaga hanya muka yang putih mulus gebu, tetapi tidak pada hati yang bersih.



Ramai para lelaki terkilan apabila mengenali kekasihnya yang cantik bak bidadari, tetapi tidak dijaga tingkah laku. Ingin memperbaiki kesilapan si kekasih takut dijerkah dengan kata-kata yang kesat pula.. .

1. Mempunyai tatabahasa yang teruk.

Anda seorang gadis yang cantik dan memiliki senyuman yang menawan, tetapi hantar mesej pun tatabahasa tidak betul. Bagaimana untuk memikat hati mak mertua jika ‘Aku’ menjadi ‘Aq’, ‘Awak’ jadi ‘Awaq’, ‘Sangat’ jadi ‘sanad’, ini baru bahasa melayu, kalau English grammar pula?

2. Tidak pandai mengemas setelah makan.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi makan pun berbunyi dengan kuat, meja makan pun mak yang kemaskan. Bagaimana untuk menjadi isteri pada umur yang muda?



3. Tiada hobi tersendiri.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi tidak pula meluangkan masa dengan hobi tersendiri. Sering keluar dengan teman lelaki dan mengikuti si dia di mana sahaja. Jangan manja sangat.

4. Kejam.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi kucing dijalanan pun anda sepak dan tidak bagi makan. Malah membuli kucing tersebut.



5. Kuat tidur.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi tidur pun mahu selama 24 jam. Subuh kemana, zohor terlajak, ketika maghrib sempat pula ke kompleks membeli Starbucks. Kemudian pulang ke rumah, tidur hingga esok pagi.

6. Merendahkan maruah.

Anda seorang gadis yang cantik tetapi sering pula membuat tarian menggedik di sosial media, seperti di facebook, instagram, snapchat malah aplikasi terbaru Tiktok.



7. Bau badan.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi tidak pandai menjaga penampilan diri sendiri. Pakai lah deodoran.

8. Tidak jujur.

Anda seorang gadis yang cantik, tetapi mengapa suka menipu ibu bapa untuk keluar bersama teman lelaki?

9. Merokok.

Alamak! Sudah cantik bertudung litup, tetapi seperti hidup di dunia sendiri semasa menghembus asap rokok.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen