5 Tanda-Tanda Dalam Diam, Anda Sebenarnya Stress Dengan Si Dia.

 

Anda adalah seorang yang mudah berasa tertekan di dalam hidup. Tidak mudah dikritik, tidak boleh disisih malah tidak suka jika seseorang memaksa anda. Mudah sangat berasa tertekan sehinggakan dengan pasangan juga, anda seperti stress dengan perangai si dia.



Anda cuba untuk memandang mudah tentang perkara ini, kerana tidak mahu si dia berkecil hati, tetapi sebenarnya dalam diam anda terlalu stress dengan si dia, bagaimana untuk mengetahuinya? Jom baca…

1. Anda merasakan seperti tiada masa untuk diri sendiri.

Bagi pasangan yang belum berkahwin pasti ingin meluangkan masa setiap minit dan setiap saat, kerana hati dan perasaan yang membuak-buak rasa rindunya. Tetapi anda perlu tahu, pasangan suami isteri pun kadang kala bosan jika melihat muka yang sama dirumah, apatah lagi muda remaja seperti anda.

Terlalu clingy dengan pasangan adakalanya membuat anda tertekan, kerana anda seperti tiada kehidupan sendiri seperti sahabat, keluarga atau hobi sendiri. Jika anda bijak membahagikan masa dengan semua perkara, pasti kehidupan anda terjamin dan bahagia.



2. Kadang-kala anda seperti tidak dengar apa yang si dia bualkan.

Anda sebenarnya tidak sedar, jika anda terlalu kerap membalas perbualan si dia dengan “Ohhh..” “Laaa..yekee” “Okay..okay..”, ini bermaksud hubungan kalian berdua di ambang berantakan. Anda mula berasa tertekan kerana isu yang dibualkan kemungkinan membosankan atau sering diulang.

3. Anda atau si dia meluangkan lebih masa dengan keluarga sendiri.

Apabila anda terlalu kerap berjumpa, pasti salah seorang daripada anda akan cuba meluangkan masa yang lebih pada keluarga atau pun sahabat. Tanda-tanda ini sebenarnya kalian berdua perlukan ruang untuk bersendirian kerana mungkin tertekan dengan kelakuan pasangan, tetapi tidak mahu memberitahu mereka.



4. Anda lebih gemar bersosial media daripada berbual dengan si dia.

Apabila bertemu dengan pasangan, komunikasi di antara anda berdua kurang. Kurang bertentang mata, kurang perbualan, kurang berjenaka, kurang bergurau senda jika dibandingkan di awal hubungan. Perkara penting untuk dilakukan ketika bertemu adalah selfie, kemudian muat naik turun di facebook, twitter dan instagram.

Kemudian menunggu orang luar untuk ‘like’ gambar anda berdua, dan berbalas komen. Jadi, dimanakah komunikasi anda berdua?

5. Anda merasa amat jengkel ketika si dia batuk atau terbersin.

Hidup anda seperti terganggu ketika si dia terbersin atau terbatuk dan anda mula mencari tempat yang jauh daripada si dia, kerana merasakan ia amat menjengkelkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen