Wanita, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Hanya Kerana Anda Kekasihnya.

 

Apabila terlalu sayang dan cinta akan seseorang, mereka biasanya akan bertindak di luar jangkaan. Mereka ini akan mula melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya hanya untuk menunjukkan rasa sayang dan kasih mereka terhadap pasangan mereka. Sedangkan perkara itu, tidak perlu dilakukan ketika mereka ini masih di alam percintaan bukan di alam perkahwinan. Berikut adalah perkara, yang anda tidak perlu lakukan untuk dirinya.



1. Jangan berikan wang anda.

Mereka tidak boleh menggunakan wang anda. Melainkan mereka ini dalam keadaan terdesak tetapi ia adalah tidak disarankan. Apabila mereka mula meminta wang anda, mereka akan terus meminta. Ia hanya akan menganggap anda sebagai penyelamatnya sahaja.

2. Membantunya dalam menguruskan pakaian dan rumahnya.

Anda pasti mahu menunjukkan bahawa anda adalah calon isteri terbaik namun, ini bukan caranya. Mereka bukan kanak-kanak yang anda perlu jaga selepas menjalinkan hubungan dengan anda. Mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas anda hanya kerana anda wanita.

3. Memilih dirinya berbanding keluarga.

Keluarga adalah yang paling utama, bukan dirinya. Melainkan jika dirinya telah menjadi suami anda. Jika tidak, anda pasti malu dan menyesalinya kerana memilih dirinya berbanding keluarga anda.


4. Menurut segala katanya.

Anda bukan hambanya, maka dengan itu jangan hanya menurut segala arahan yang diterima. Sekali skala, bantah apa yang anda rasa perlu. Jangan biarkan mereka rasa mereka mampu menguasai anda.

5. Percaya segala janji dan harapan.

Lelaki mudah untuk bermulut manis, manakala wanita pula begitu mudah untuk percaya. Jangan pernah percaya dahulu dengan kata-katanya. Jika tidak, ia akan melukakan anda sendiri.

Wanita seharusnya matang ketika menjalani satu hubungan. Bukanya seperti kanak-kanak kecil yang hanya mendengar kata-kata pasangan anda. Yang mana baik untuk hubungan anda perlu ikut tetapi jika ia hanya mengambil kesempatan anda perlu tegah sebelum ia berlarutan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen