Wanita Sangat Sensitif, Jangan Katakan 5 Perkara Ini Kepada Mereka.

 

Seperti yang sedia tahu, hati seorang wanita ini sangat lembut dan sensitif. Dengan kata-kata yang lembut pun mereka ini boleh tergores lagikan pula kata-kata yang kasar. Bagi seorang lelaki ia mungkin kata-kata yang biasa dan tidak perlu untuk diambil hati, sedangkan bagi wanita pula sebaliknya. Tapi apa kata-kata yang selalu menggores hati. Kata-kata yang bagaimana yang menggores hati mereka ini? Jom ketahuinya.



1. “Mengapa terlalu perlahan?”

Mungkin niat hanya untuk bertanya, tetapi bagi seorang wanita ia seumpama anda menyindir mereka. Sedangkan mereka sememangnya berhati-hati dalam melakukan kerja mereka. Sebab itu mereka perlahan dan lambat.

2. “Cuba nak tarik perhatian kan?”

Wanita mana yang tidak mahu perhatian daripada orang yang mereka kasihi. Tetapi jika anda katakan ini kepada mereka bermakna, anda tidak kisah pun apa yang mereka lakukan.

3. “Tak ada kawan lain ke?”

Lelaki mudah untuk berkawan, tetapi tidak bagi wanita. Apabila mereka telah rapat dengan seseorang mereka akan begitu rapat hingga tiada rahsia antara mereka. Kata-kata anda ini akan menunjukkan mereka ini susah untuk bergaul.


4. “Tak payah nak lebih-lebih.”

Dia tidak semestinya lakukannya demi satu tujuan. Mungkin dia melihat dengan lebih teliti akan perkara itu. Namun, anda hanya menganggap ringan malah mudah mengabaikannya. Tetapi dia tidak.

5. “Perlu ke merajuk?”

Setiap orang mempunyai emosi mereka, dan kadang kala emosi itu inginkan pujukan. Jadi mereka hanya mahu anda memujuknya. Bukan memerli dan mengabaikan mereka.

Bagi lelaki lima kata-kata ini adalah satu hal yang kecil, tetapi bagi wanita ia adalah hal yang sensitif dan cuba untuk tidak ditunjukkan. Walaupun begitu, apabila mood mereka tidak berapa stabil, pasti mereka akan mula tunjukkan yang mereka tidak suka diperkatakan sebegitu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,446 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen