Wahai Wanita, Perbaiki Diri Dahulu Sebelum Ingin Bertemu Jodoh.

 

Jadilah wanita ‘beauty with brains’ supaya bakal suami sentiasa tergila-gilakan anda kelak. Jangan pandai melaram sahaja, tetapi tidak pandai untuk menjaga hati bakal suami. Ayuh perbaiki diri supaya bakal menjadi wanita yang sentiasa disayangi suami…



1. Hanya berjanji pada teman lelaki untuk bertudung selepas berkahwin untuk si dia tidak berdosa, tetapi tidak pula dijaga sejak dibawah tanggungan ayah. Teman lelaki suruh solat, baru nak solat, tetapi mak suruh kita solat, liat pula.

2. Cantik manis bertudung, tetapi memakai seluar ketat atau legging. Tidak perlu untuk menjadi hipster sangat.



3. Menipu ibu bapa demi teman lelaki. Seperti memberitahu pada ibu bapa untuk keluar bersama sahabat perempuan yang lain untuk ke majlis tertentu, tetapi keluar dengan teman lelaki entah ke mana.

4. Apabila ingin break up dengan teman lelaki, tidak perlu memberi alasan “Awak terlalu baik untuk saya”, jangan permainkan perasaan lelaki yang baik diluar sana, berterus terang sahaja penyebabnya.

5. Tidak perlu update status luahan hati, segala amarah dan makian semua itu, tidak manis dipandang orang kerana orang luar mampu untuk menilai mentaliti kita.



6. Tidak perlu update gambar selfie setiap hari. Nak masak selfie. Nak pergi makan pun selfie. Nak solat selfie. Nak pergi kedai pun selfie. Lepas tu up gambar muka tulis caption, "Kedai sayur Mak Cik Kiah tutup".

7. Belajar untuk mengawal emosi yang terlebih-lebih dan mudah sentap. Asyik merajuk dan memuncungkan mulut bakal merimaskan teman lelaki. Mereka bluetick mesej whatsapp sahaja pun, anda sudah meroyan bagaikan hilang anak.

8. Apabila merajuk, mula menjadi stress. Wanita jika menghadapi stress, pasti akan makan dengan banyak. Bila dah makan banyak, pasti berat badan meningkat (gemuk). Selepas itu bising dan membebel dah gemuk pada teman lelaki.



9. Bising apabila teman lelaki membalas mesej dengan pendek kerana sibuk bekerja dihujung minggu, jangan berprasangak buruk, mereka mencari duit untuk berkahwin.

10. Jangan selalu meminta teman lelaki untuk belanja makan di tempat mewah setiap minggu dan hadiah setiap bulan. Ajak teman lelaki untuk sama-sama menyimpan duit untuk perkahwinan nanti.

11. Jangan menjadi terlalu manja, teman lelaki anda bukan hak kepunyaan anda seorang sahaja, lebih-lebih lagi jika dia seorang anak sulung. Sudah tentu ramai tanggungannya kelak. Belajar untuk menerima keadaannya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,945 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen