Cinta Dan Sayang Sahaja Tidak Cukup Untuk Membina Mahligai Perkahwinan. Jom Ikuti kisah ini.

 

Ilmu kekeluargaan sangat penting apabila tibanya pasangan menempuh alam perkahwinan. Bukan sekadar indah di atas pelamin dan gambarkan momen-momen manja dan sweet. Tetapi pasangan perlu membangunkan jiwa bersama demi mempelajari ilmu itu.

Bersama-sama, kerana suami isteri adalah satu pasukan untuk bertanggung jawab menunaikan hak anatar satu sama dengan lain, malah hak untuk bakal anak-anak. Secara asas seperti makan, pakaian, tempat tidur tidak cukup jika cara mendidik anak-anak tidak dipraktikkan.



Jom hayati, bagaimana untuk membina mahligai perkahwinan antara suami dan isteri dari Puan Intan Dzukefli..

“Jangan sombong, jangan malas, kena admit kita memang belum lagi pandai serba serbi, kena sentiasa topup ilmu apabila sudah menjadi life partner dan parents ini…

Cinta dan sayang sahaja tak cukup untuk membawa anak isteri masuk ke syurga…

Banyakkanlah membaca ilmu tentang parenting, tentang rumahtangga. Percayalah, makin kita baca, makin nampak betapa kerdilnya diri kita atas keluasan ilmu Allah…



Ibu dan ayah pun saya selalu berpesan, bila jumpa orang yang berilmu dan berakhlak mulia, jangan malu untuk minta nasihat dan tips kehidupan, termasuklah nasihat rumahtangga dan hal ehwal mendidik anak…

Sesungguhnya, nak berjaya dunia kena ada ilmu, nak berjaya akhirat pun kena dengan ilmu. Nak berjaya dunya wal akhirah pun kena ada ilmu!...

Akhir sekali, ingin saya kongsikan, Nabi SAW berdoa setiap pagi, dengan doa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik & amal yang diterima“. (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu as-Sunni)

Nabi SAW juga berdoa;

“Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyu’, jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dikabulkan.” (HR Muslim & an-Nasa’i)

Cukuplah hadis doa ini mengingatkan kita betapa Rasulullah SAW sendiri anjurkan kita untuk sentiasa ingat untuk mencari ilmu yang bermanfaat….

Habiskan masa kita dengan perkara yang bermanfaat, jangan dihabiskan dengan hal yang tidak membangun jiwa seperti sibuk hal artis, mengumpat sana sini & bergosip tentang rumahtangga orang lain….

Semua ini tidak membangun jiwa pun…

Wahai saudara saudariku,

Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Maka, manfaatkanlah waktu yang ada dengan sebaiknya…”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen