Musim Perayaan Adalah Musim Yang Sesuai Untuk Mencari Jodoh.

 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja musim perayaan Aidilfitri akan berakhir, tetapi jangan lupa open house pada hari minggu pasti akan dibuat oleh sanak saudara. Tidak kira apa jua jenis perayaan, tetapi setiap perayaan pasti anda akan dapat bercuti bersama ahli keluarga dan keluar bersama.



Ketika dan saat ini lah, anda boleh mencuci mata berkenalan dengan orang tidak dikenali seperti rakan-rakan sanak saudara atau dikenalkan oleh makcik saudara atau bapak saudara anda. Tidak perlu malu dan marah jika lambat bertemu jodoh, berlapang dada dan berkenalanlah dengan orang baru.

Amat sesuai juga pada seseorang yang agak pendiam dan sukar untuk berbicara, atau pun yang gila kerja, musim perayaan lah waktu yang sesuai untuk anda bersantai dan berkenalan dengan orang baru.



Jom baca kisah perkongsian daripada saudara Emran Ahmad..

“Sebahagian ulama berpendapat sunnah menikah dalam bulan Syawal kerana terdapat hadith riwayat Aisyah RA (wafat 57 H) bahawa Rasulullah SAW bernikah dalam bulan Syawal dan Aisyah RA sendiri suka untuk menikahkan orang dalam bulan Syawal….

Secara teorinya hari Raya dan musim cuti raya adalah sangat sesuai untuk mencari jodoh dan pasangan. Ini kerana pada masa inilah anak-anak bujang akan balik kampung bertemu ibubapa dan segala stok jantan geng bujang dan anak dara akan mudah kelihatan di kawasan perumahan setelah keluar daripada persembunyian dan 'gua hibernasi' mereka….

Pesanan saya, cari pasangan jangan hanya melihat yang lawa dan cantik sahaja tetapi hendaklah dicari yang rajin dan ringan tulang membantu keluarga….



Biasanya 'jenis' ini duduk di dapur mencuci pinggan dan membantu mak menyiapkan hidangan bukan yang jenis merayap ke pasaraya menayang baju kebaya dan seluar baju raya…

Kalau lelaki tu, buat-buatlah nak cuci tangan untuk melihat siapa yang di dapur bertungkus lumus menyiapkan hidangan. Kalau perempuan macam biasa buat-buat singgah solat di masjid untuk melihat siapa lelaki yang masih jaga solat berjamaah walaupun Ramadhan sudah berakhir…

Ingat, lawa muka boleh di 'touch up', gemuk boleh kurus, miskin boleh jadi kaya tetapi iman dalam dada belum tentu mampu dibina walau tinggi pengetahuan agama…”


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen