Musim Bola Kembali Lagi? Ikuti 5 Cara Ini Untuk Atasi Rasa Terpinggir Oleh Pasangan Anda.

 

Musim bola sepak datang lagi, rata-rata wanita pasti akan patah hati dengan perangai pasangan mereka. Mana tidaknya, orang lelaki ini kalau tengok bola leka sangat sampai terlupa akan pasangan masing-masing. Itu belum lagi sanggup berjaga malam hanya gara-gara perlawanan pasukan pilihan mereka. Orang lelaki pula, masa ini lah mereka mahu rasa kebebasan sedikit. Mana tidaknya, masa ini lah mereka boleh lepak bersama rakan-rakannya lama sedikit. Jadi, rata-rata pasangan mereka ini mula lah rasa terpinggir dengan kelakuan teman lelaki mereka. Apa yang mereka boleh lakukan untuk hilangkan rasa terpinggir itu? Jom ketahuinya.



1. Belajar faham minatnya.

Perkara yang paling utama adalah cuba untuk memahami dirinya. Belajar fahami mereka apabila mereka sedang menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. Mungkin pada ketika itu mereka ingin beri tumpuan yang penuh terhadap permainan pasukan mereka itu. Berikan sahaja peluang untuk mereka menonton perlawanan itu dengan tenang, jangan sesekali mengganggu mereka.

2. Sibukkan diri.

Cuba anda sibukkan diri anda denga perkara-perkara lain. Perlawanan bola sepak ini biasanya malam, maka dengan itu ambil peluang untuk tidur awal. Tidak pun, cuba untuk membaca buku yang menambahkan ilmu pengetahuan anda. Itu adalah lebih baik berbanding mencari gaduh dengan pasangan anda.

3. Berdikari.

Masa ini biasanya anda akan ditinggalkan keseorangan, kerana pasangan anda akan sibuk dengan bola serta rakan-rakannya. Maka dengan itu, cuba untuk tunjukkan kepadanya bahawa anda mampu bergantung pada diri sendiri bukan hanya padanya. Jangan buat kelakuan manja anda pada ketika ini, kerana mereka tidak akan melayan anda pun.


4. Kumpulkan pasangan rakan-rakan teman lelaki anda.

Jika mereka sibuk dengan bola dan rakan-rakannya, maka anda dan pasangan rakan-rakannya juga boleh lakukan itu. Cuba untuk keluar menonton wayang bersama mereka tidak pun lepak bersama-sama. Bukan hanya mampu hilangkan rasa terpinggir, anda juga dapat memperoleh rakan yang baru.

5. Teman pasangan menonton bola.

Kerana risau dipinggirkan akan pasangan anda, apa kata anda cuba untuk menonton bola bersama-samanya. Mana tahu, ia akan membuat hubungan anda dengannya bertambah erat. Tetapi jangan pula anda fokus permain bola itu pula, nanti pasangan anda cemburu. Lebih baik anda tonton sahaja perlawanan itu dan bersorak jika pasukan yang anda sokong itu berjaya memasukkan gol.

Ketika ini kesabaran seorang wanita sememangnya diuji. Namun, tiada apa yang anda boleh lakukan selain bersabar dan berharap pasukan yang pasangan anda sokong itu kalah awal. Baru lah mereka berhenti tonton bola awal sedikit. Apa-apa pun sila banyakan bersabar dan kurangkan pergaduhan. Sebab banyak yang menggoda di kedai mamak ketika ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,897 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen