Jangan Katakan Perkara Ini Kepada Lelaki Pada Temu Janji Yang Pertama.

 

Pada pertemuan pertama ini biasanya agak kekok dan sedikit rasa malu. Bukan hanya itu sahaja, topik untuk berbual juga tidak banyak. Sebagai seorang wanita, banyak perkara yang anda perlu jaga demi menjaga maruah anda. Terutama apa yang keluar dari mulut anda. Hal ini kerana, lelaki akan memberi tanggapan yang positif mahupun negatif bergantung pada apa yang anda katakan. Jadi jangan pernah katakan beberapa perkara ini pada pertemuan pertama anda.



1. Jangan cerita mengenai bekas kekasih.

Dia tidak mahu dengar atau bercakap mengenai siapa bekas kekasih anda. Dan apa yang dirinya telah lakukan kepada anda. Apa yang dia mahu tahu siapa anda serta lebih memfokuskan peribadi anda berbanding yang lain.

2. Gaji dan kewangannya.

Kewangan adalah hal yang sangat sensitif. Jadi jangan pernah cuba untuk tahu berapa banyak wang yang dimiliki dirinya.

3. “Boleh saya membalas mesej ini?”

Pada ketika ini jangan bermain telefon bimbit anda. Letakkan sahaja di tepi dahulu. Fokus kepada dirinya yang ada di hadapan anda.


4. “Berapa banyak wanita yang awak telah kenal?”

Soalan ini agak sensitif, walaupun anda teringin sangat untuk mengetahuinya. Jangan pernah tanya mengenai kisah lalunya.

5. “Saya sukakan awak.”

Pada pertemuan pertama anda telah luahkan isi hati anda? Ia terlalu awal dan tergesa-gesa. Jangan pernah lakukan hal yang memalukan itu.

Pertemuan pertama ini harus berikan satu yang positif untuk dikenang agar si dia berkenan terhadap anda. jangan cuba untuk membangkitkan isu-isu yang sensitif yang hanya akan memalukan diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen