Gelak Tawa Bersama Kekasih Mampu Membakar Banyak Kalori Di Dalam Badan.

 

Adakah anda dan pasangan serasi? Pasangan serasi akan gelak tawa bersama-sama..


Couples who laugh together, stay together.

Menurut kajian daripada Jeffrey Hall, University of Kansas, dia telah membuat kajian selama 30 tahun lamanya untuk mengkaji bagaimana pasangan yang serasi ini terjalin. Setelah kajian tersebut, dia mendapati pasangan yang serasi sentiasa gelak tawa bersama pada perkara yang lucu.



Dimudahkan cerita, pasangan yang serasi jarang menyukai apabila salah seorang membuat lawak jenaka. Contoh apabila teman lelaki atau suami anda membuat lawak jenaka, wanita gagal untuk tergelak dengan jenaka tersebut kerana merasakan ia seperti jelek dan menjengkelkan.

Selain daripada itu, anda pasti sering mendengar seorang lelaki sanggup untuk menjadi pak lawak terhadap orang ramai hanya kerana mahu mengambil hati pasanganya. Tetapi perkara ini sebenarnya memang memalukan bukan hanya pada lelaki tersebut tetapi pada wanita itu juga. Jadi, ia berkemungkinan akan membuatkan hubungan pasangan itu hambar.



Sebaliknya, pasangan serasi yang sama-sama menonton atau melihat perkara lawak jenaka, dan bergelak tawa bersama seiring dengan pelukan lebih berpuas hati dan mengeratkan hubungan. Dalam pada yang sama, wanita sebenarnya tidak gemar apabila jenaka tersebut seperti memperkecilkan seseorang atau menjatuhkan maruah.

INI KERANA IA BUKAN LAH PERKARA LUCU UNTUK DIGELAKKAN BERSAMA.

Perkara penting adalah GELAK BERSAMA PASANGAN, BUKANNYA GELAK PADA PASANGAN. Khuatir jika pasangan yang melakukan perkara lucu, ia akan berakhir dengan sesuatu yang pahit untuk ditelan. Ia bukan lah untuk menjadi pak lawak yang hebat, tetapi anda berdua perlu tahu cara untuk mencari bahan lawak dan menikmatinya bersama.



GELAK TAWA BERSAMA KEKASIH MAMPU MEMBAKAR BANYAK KALORI DI DALAM BADAN.

Hanya gelak bersama 10 hingga 15 minit, ia mampu membakar sehingga 40 kalori menurut beberapa pakar saintis. Dengan kenaikan kadar degupan jantung dan penggunaan oksigen di dalam badan ketika anda dan pasangan ketawa, ia mampu membakar kalori dengan cepat berbanding anda keseorangan.

Jadi, daripada hubungan kalian berdua menjadi hambar dan jarang mengukirkan senyuman malah ketawa, perlu ingat ia akan menjadi tekanan. Tidak perlu menjadi stress apabila bertemu dengan pasangan di mana sahaja. Dan tidak perlu menjadi ego pada pasangan sendiri dan bermasam muka. Khuatir perasaan cinta itu akan hilang dan hubungan tidak akan kekal lama.

Sentiasa bijak untuk menikmati momen-momen yang lucu bersama pasangan.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen