Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Terhadap Kekasih Anda.

 

Semua orang ingin menjadi pasangan yang baik dan hebat di mata kekasihnya. Tetapi kebanyakannya akan tersalah langkah. Mereka ingat dengan apa yang mereka lakukan itu akan membuat kekasihnya bertambah sayang akan mereka tetapi sebaliknya boleh berlaku. Berikut adalah perkara yang tidak harus dilakukan terhadap kekasihnya.



1. Mengawal setiap pergerakan.

Niatnya hanya ingin menjaga keselamatan. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Di mana, setiap pergerakan mula terbatas dan terkawal. Setiap orang mempunyai hidup yang tersendiri dan mereka perlukan kebebasan.

2. Gurauan yang menghina.

Bergurau itu memang perlu dalam hubungan, tetapi jangan sampai menghina. Walaupun pasangan kita hanya gelak dan ketawa apabila perkara itu berlaku, namun di dalam hatinya pasti akan tersentuh akan kata-kata itu.

3. Mengawal perbelanjaan pasangan.

Bagaimana mengawal kewangan adalah hak masing-masing. Anda tidak boleh cuba untuk mengawal kewangan seseorang. Melainkan dirinya adalah suami atau isteri anda.


4. Penyalahgunaan fizikal dan mental.

Hubungan yang baik adalah tiada penyalahgunaan fizikal dan mental. Ia seharusnya lebih menghormati terhadap fizikal dan mental pasangan bukan melakukan yang sebaliknya.

5. Penolakan ketika inginkan bantuan.

Apabila pasangan memerlukan bantuan, anda seharusnya menghulurkan pertolongan. Bukannya hanya mengabaikan dan tidak mengendahkan bantuan yang dia perlukan.

Menjalinkan hubungan bukan bererti anda mempunyai hak terhadap dirinya. Anda seharusnya bijak untuk mengawalnya. Bukan mencuba untuk menguasai pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen