Jangan Curang Dahulu! Lakukan Ini Apabila Tidak Berpuas Hati Terhadap Hubungan Anda.

 

Tiada alasan untuk mereka berlaku curang ataupun menipu pasangan mereka dengan hanya kerana tidak berpuas hati terhadap hubungan mereka. Apabila anda curang, ia sebenarnya sama seperti anda melarikan diri dari masalah yang anda hadapi. Apa kata anda cuba untuk mencari penyelesaian yang baik untuk hubungan anda. Ia adalah lebih baik kerana tidak melakukan sesiapa pun. Berikut adalah cara untuk anda menyelesaikan masalah anda.



1. Jujur dengan apa yang anda mahukan.

Cuba untuk berkomunikasi dengan dirinya tentang apa yang anda mahukan dan harapkan. Biar dia tahu anda ingin hubungan bertambah baik bukannya semakin memburuk.

2. Bertanggungjawab terhadap kelemahan anda.

Apabila anda mendapati ia datang dari anda, anda perlu mengakui dan mengambil tindakan terhadap perkara itu. Jangan mula untuk tidak mengaku dan menunjukkan ego anda.

3. Berusaha untuk atasi segala masalah anda.

Anda dan pasangan perlu memulakannya semula dan kini lebih jujur. Tidak cukup dengan mengetahui kelemahan masing-masing tetapi tidak cuba untuk tanganinya.


4. Cuba berfikir dengan minda terbuka.

Anda dan pasangan perlu berfikiran positif tentang masa depan hubungan kalian. Jangan hanya berhenti dan merasakan hubungan itu tidak akan memberi pengakhiran yang baik.

5. Tamatkan jika tidak mampu.

Jika anda merasakan usaha anda tidak mendatangkan hasil. Anda juga rasa usaha anda itu hanya sia-sia, maka lebih baik anda tamatkan sahaja hubungan anda. Barulah anda boleh mencari yang lain.

Berlaku curang terhadap pasangan adalah satu perkara yang perlu dielakkan. Jangan jadikan kekurangan hubungan itu punca anda berlaku curang. Sedangkan hubungan itu mampu diperbaiki mengikut kemahuan anda. Jika sudah tidak sefahaman, tamatkan sahaja hubungan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen