Bersediakah Anda Untuk Berumah Tangga, Jika Perubahan Ketara Ini Yang Berlaku?

 

Di dalam perkahwinan yang sihat, adanya sifat toleransi yang tinggi dan sentiasa berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Semasa mengorat pasangan, lirikan mata, senyuman sehingga ke telinga kita sudah dapat tahu, yang si dia menyukai kita. Apabila sudah berpasangan, sentiasa menelefon, sms, dan segala kaedah komunikasi telah anda lakukan kerana mahu memikat hingga ke jinjang pelamin.

TETAPI SETELAH BERKAHWIN APA YANG BAKAL BERLAKU?

1. Si isteri lebih rela berinteraksi menggunakan sosial media, kadang kala sehingga memalukan kaum suami.

2. Pasangan suami isteri hanya mengadap telefon bimbit tanpa berinteraksi antara satu sama lain.

3. Kurangnya bertentangan mata dan bergurau mesra kerana sibuk dengan hal kerja dan anak-anak.

4. Apabila stress di tempat kerja, anda hanya memendam perasaan, kerana khuatir jika melawan kata dengan boss, akan di pecat. Lalu di rumah anda melepaskan geram pada pasangan dan anak-anak yang tidak bersalah.

5. Tidak sependapat dan perbincangan tergantung begitu sahaja. “Lantak awak la nak buat apa? Saya dah bosan”

Jangan lah bertindak begitu wahai suami dan isteri. Mana pergi nya cinta yang indah sepertidi awal perkahwinan? Mengapakah perkara sebegini berlaku? Perlu kah anda menjadi begitu tertekan sehingga terbawa-bawa ke dalam rumah?

INI TERJADI KERANA…

1. Tiada nya asas Agama.

Sebagai umat islam, bermuhasabah diri, anda perlu duduk sekirannya posisi ketika itu anda sedang berdiri dalam keadaan yang marah.

2. Ketika stress, emosi anda tidak stabil dan mula mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Kerana itu adanya Al-Qur’an di dalam hidup kita. Tidak tahu membaca dan menghafaz? Apa gunanya sosial media di telefon bimbit anda bukan? Anda perlu memuat turun aplikasi yang mengandungi ayat Al-qur’an, atau buka sahaja youtube.

Buka aplikasi tersebut dan  biarkan alunan itu menusuk ke jiwa anda, kelak anda akan berasa tenang. Mula lah dengan berzikir setiap hari, pasti anda tidak akan lagi menyebut perkataan yang tidak munasabah.

3. Jika lelaki yang merokok. Kenapa anda perlukan duit untuk merokok malah membuat anda atau pasangan jatuh sakit? Tidakkah itu perkara yang sangat mensia-siakan? Anda fikir, anda tidak akan sakit pada jangka masa yang pendek, tetapi pernahkah anda terfikir untuk jangka masa yang lama?

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen