Jangan Main-Main Dalam Mencari Bakal Isteri, Kerana Wanita Kurang Gemar Pada Lelaki Yang Tidak Berkeyakinan Tinggi.

 

Jika ditanya pada wanita tentang dilamar atau melamar, sudah tentu wanita lebih suka jika seorang lelaki yang berani memulakan langkah perkenalan dahulu dan melamar untuk bernikah, bukan? Bagi mereka lelaki dianggap macho jika berkeyakinan tinggi untuk meluahkan perasaan terlebih dahulu.



Jom ikuti tips ini…

1. Apabila umur sudah menjangkau 25 tahun ke atas dan sudah berniat untuk mencari pasangan hidup, anda perlu serius merancang dan memilih, jangan mainkan perasaan orang.

2. Jadilah seorang yang matang dan jangan lah berteka-teki dengan perasaan orang lain, anda seperti masih dalam dilemma “dia ni sudah berpunya ke? Suka aku ke tidak? Serius ke tidak?”

3. Jika anda terutamanya lelaki sudah berkenan pada seseorang, yakin lah pada diri sendiri untuk berkenalan dengan lebih dalam. Jangan melibatkan kawan atau sesiapa sahaja yang mungkin pada pandangan si dia, orang berkenaan seperti main-main.

Khuatir si dia akan menganggap diri anda juga tidak serius dengan hubungan yang terjalin.Malah tidak perlu untuk merampas hak orang, jika si dia sudah berpunya. Jangan wujudkan drama yang sadis.

4. Tetapi jika masih tidak berani, minta tolong pada sesiapa yang dianggap matang dan mampu untuk menguruskan hal ta’aruf tersebut.



5. Kebanyakan wanita lebih suka jika lelaki itu sendiri yang meluahkan perasaan, kerana dianggap ada gaya, dan macho.

6. Manfaatkan peluang yang ada, jika sudah mula berkenalan, dan ingat jangan pula rosakkan si dia malah permainkan perasaannya seperti anak patung.

7. Hukum hakam agama jangan pula dilupakan. Jika sudah yakin si dia adalah jodoh anda lakukan solat istikharah. Dan yang paling penting, jumpa ibu bapa si dia dan bawaknya bertemu dengan ibu bapa anda pula.



8. Jangan sesekali teringat kisah cinta lama pula. Mana yang lebih pahit? Cinta tidak kesampaian kerana anda sendiri yang reject? Atau diri anda di reject? Fikir baik-baik!

9. Perkara tentang hati dan perasaan, lebih-lebih lagi tentang cinta, perlu setel dengan cepat jika anda sudah sedia. Bukan untuk menjadi terdesak, tetapi untuk jimatkan masa. Anda perlu ingat, setelah anda telah dapat memikat hati si bunga, banyak lagi perkara penting untuk diselesaikan tentang hubungan kalian berdua.

Kalau lambat sangat nanti, takut terlepas di tangan orang lain. Jadi, tanya hati, bersediakah anda untuk tidak main-main dalam mencari jodoh ni?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen