Janji-Janji Yang Dilakukan Oleh Lelaki Tetapi Gagal Dilaksanakan.

 

Lelaki gemar berjanji kepada gadis yang disukainya. Janji-janjinya itu biasanya akan membuat kekasih hatinya itu bertambah sayang dan percaya kepadanya. Sedangkan janji-janji itu hanya untuk mengaburi mata kekasihnya itu. Tetapi apa yang selalu dijanjikan oleh seorang lelaki? Berikut adalah janji-janji yang penah dibuat oleh seorang lelaki terhadap pasangannya.



1. Berjanji tidak memandang wanita lain.

Sudah tentu dia akan memandang wanita lain terutama mereka yang cantik. Agak mustahil untuk mereka menunaikan janjinya itu.

2. Berjanji tidak akan memikirkan bekas kekasihnya.

Tidak mengapa jika ia hanya bermain difikirannya. Hal ini kerana, orang itu merupakan orang yang terpenting satu masa dulu. Tetapi ia berjanji kerana tidak mahu anda ragu akan dirinya.

3. Berjanji tidak akan berubah.

Setiap orang pasti akan berubah. Itulah namanya kehidupan. Cepat atau lambat sahaja yang menentukan sikapnya itu.


4. Berjanji tidak akan berbohong.

Seorang lelaki akan berbohong apabila ia perlu menyelamatkan dirinya. Bukan hanya itu, ia juga berbohong kerana tidak mahu melukakan hati anda.

5. Berjanji akan sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting.

Mereka akan berjanji untuk sentiasa mengingati tarikh penting buat anda berdua tetapi akhirnya mereka melupakannya. Kerana apa? Kerana mereka menganggap itu adalah perkara yang remeh.

Wanita ini selalu percaya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pasangan mereka untuk mereka. Tetapi apabila tidak ditunaikan ia akan mula mogok dan merajuk. Sedangkan ia tahu bahawa perkara-perkara itu terjadi tanpa sengaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,891 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen