Perkara Yang Wanita Kerap Risau Apabila Mula Mendapat Pandangan Daripada Seorang lelaki.

 

Wanita ini dilahirkan dengan penuh rasa malu. Apabila dipandang ia malu, begitu juga apabila ia ditegur. Rasa malu itu akan membuatkan dirinya sering risau apabila menerima pandangan daripada seorang lelaki. Bukan apa, mereka ini risau apa yang bermain difikiran seorang lelaki. Berikut adalah beberapa perkara yang selalu dirisaukan oleh seorang wanita.



1. Pakaian yang tidak bersesuaian.

Wanita mementingkan penampilan diri mereka. Bagi mereka penampilan itu yang akan memberi keyakinan, maka dengan itu mereka terlalu risau jika pakaian mereka itu terlebih menonjol ataupun tidak bersesuaian dengan tempat yang mereka pergi.

2. Bentuk tubuh badan.

Apabila ditegur mengenai tubuh badan, ia adalah perkara yang sangat sensitif bagi seorang wanita. Mereka juga turut risau jika pasangan mereka malu dengan tubuh badan yang mereka miliki.

3. Terlalu ‘over’ di hadapan orang ramai.

Mereka juga risau jika seorang lelaki memandangnya hanya kerana sikapnya yang berlebihan di hadapan orang ramai. Sedangkan bagi dirinya itu adalah perkara biasa apabila mereka berjumpa dengan rakan-rakannya. Bukan kerana mereka ini gedik.


4. Tidak lawa di mata mereka.

Kecantikan itu bukan hanya bergantung pada rupa paras sahaja, malah penampilan dan keyakinan juga merupakan kecantikan. Tetapi jika lelaki lebih memandang rupa nak buat macam mana pula kan.

5. Makeup yang berlebihan.

Untuk menambah keyakinan, seorang wanita kerap bermakeup. Walaupun begitu, mereka juga bimbang sekiranya orang lelaki menganggap makeup mereka itu berlebihan sedangkan tidak.

Wanita ini selalu mementingkan mata-mata dan pemikiran mereka yang memandang dirinya. Bukan apa, mereka risau jika pandangan itu akan menyebabkan dirinya kurang berkeyakinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen