Bagaimana Rasulullah SAW Menangani Kemarahan Isterinya? Jom Ikuti Tips Ini.

 

Cara Rasulullah menghadapi isteri marah perlu diteladani dan dipuji, supaya dapat menjadi seorang suami yang berakhlak baik. Malah dapat meningkatkan keminanan di dalam diri…

1. Tidak membalasnya dengan kemarahan balik.

Imam Bukhari meriwayatkan;

Ketika rasulullah SAW terdengar piring pecah yang dibawa oleh pembantu Zainab dan makanannya jatuh, Baginda tidak marah malah tidak merasa harga dirinya turun disaat bertemu dengan para sahabat.



Akhlaknya terbukti agung kerana beliau memungut makanan dan kurma yang bertaburan akibat pukulan Aisyah RA itu dan mengganti piring yang pecah tersebut kepada pembantu Zainab.

“Maaf… ibu kalian sedang cemburu,” kata Rasulullah kepada para sahabatnya.

Ketika situasi hening begini baginda bukan menambahkan masalah, tetapi menyelesaikan masalah kerana tahu saat itu Aisyah sedang cemburu pada hari giliran Aisyah, Zainab mengirimkan makanan untuk Rasulullah. Maka Aisyah pun memecahkan piring sebagai ekspresi kecemburuannya.

2. Bersikap sabar.

Rasulullah SAW mengajar untuk menanam akhlaq puji seperti selalu bersikap sabar. Lebih-lebih lagi ketika menghadapi isteri yang sedang marah. Ini kerana Allah SWT berfirman akan memberikan pahala yang luar biasa bagi mereka yang bersabar seperti disebut  dalam Az-Zumar ayat 10:



"Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

3. Balas dengan kasih sayang dan tidak bersikap kasar.

Baginda berpesan, ketika isteri sedang dalam keadaan marah, maka suami hendak lah membalas dengan senyuman dan ketenangan. Tetapi zaman sekarang, apabila isteri melontarkan kata-kata kasar, pasti si suami tidak segan silu untuk terus memukul isteri sehingga terluka.



Rasulullah SAW bersabda ketika saat Aisyah dikasari oleh bapanya Abu Bakar;

“Kami tidak berkunjung ke rumahmu untuk berlaku kasar seperti itu, dan kami pun tidak menginginkan perbuatan itu darimu.” (H.R. Thabrani).

4. Memaafkan.

Memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu akhlak terpuji.

“..Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya..” (Ali ‘Imran:159).



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,722 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen