Adab-Adab Ta’aruf Antara Lelaki Dan Wanita Menurut Islam.

 

Menurut Islam, sudah tentu  mempunyai cara mudah untuk berkenalan antara lelaki dan wanita yang ingin menjalinkan hubungan ke jinjang pelamin. Proses ini dinamakan sebagai ta’aruf, dan ia pastilah bertepatan dengan syarak, jom ketahui caranya..

1. Menjaga pandangan.

Melihat calon pasangan boleh sahaja dilakukan untuk melihat jika ada keserasian antara kalian berdua.



Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..”

“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..”

2. Menutup aurat.

Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31;

“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..”



3. Memiliki sikap yang tenang, sopan dan serius dalam bertutur kata.

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”(Al-Ahzaab:32)

4. Menghindari isu yang tidak penting dalam perbualan.

Sebaiknya kalian berdua perlulah menghindarkan diri daripada berbual kosong dan hal-hal yang tidak penting seperti bergossip atau perkara yang mendatangkan fitnah.



5. Perlu berada disisi keluarga atau wali yang dipercayai.

Elakkan daripada berjumpa berdua-duaan dan tempat yang diragui kerana untuk mengelakkan zina dan fitnah. Jadi harus ada pendamping di sisi seperti keluarga terdekat.

6. Selalu ingat pada Allah SWT.

Dengan selalu mengingat Allah dalam setiap perbuatan khususnya saat berta’aruf akan dapat menjaga diri dari gangguan syaitan yang akan muncul dan mengganggu manusia, sehingga terjadi perkara yang tidak diinginkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen