Mengapa Lelaki Itu Sukar Membalas Mesej Anda? Ketahui Alasan-Alasan Mereka.

 

Wanita adalah seorang yang sangat sensitif dari pelbagai aspek. Bukan hanya sensitif terhadap tingkah laku dan percakapan sahaja, wanita juga sangat sensitif akan tindak balas kiriman mesejnya kepada teman lelakinya. Rata-rata wanita akan bertindak di luar jangkaan apabila mesej yang dikirimnya tidak mendapat tindak balas yang baik. Itu belum lagi jika pasangannya hanya meninggalkan blue tick sahaja. Lagi lah mereka ini akan lebih marah dan tertekan dengan sendirinya. Tetapi mengapa seorang lelaki kerap tidak membalas kiriman mesej pasangannya? Mari ketahuinya.



1. Tidak mahu diganggu.

Seorang lelaki juga mempunyai masa-masa untuk merasa moody ataupun rasa tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Atau lebih tepat ingin bersendirian. Mereka ini hanya mahu meluangkan masa untuk diri mereka sahaja seperti ingin tidur sepanjang hari.

2. Sibuk dengan kerja.

Wanita ini biasanya sukar memahami, walaupun tahu pasangannya sibuk dengan kerja masih sahaja berharap mesejnya itu akan dibalas. Sedangkan lelaki apabila sudah sibuk dengan kerja, mereka akan lebih memilih kerja berbanding teman wanitanya.

3. Bermain video game.

Lelaki biasanya tidak akan meninggalkan permainan video yang diminati hanya ingin membalas mesej dari pasangannya. Mereka lebih memilih untuk mengabaikan berbanding menghentikan permainan hanya untuk kekasihnya.


4. Tidak berminat dengan anda.

Lelaki akan cuba mengelakkan diri daripada seseorang yang mereka tidak minat. Hal ini kerana, tidak mahu melayan perasaan seorang wanita yang akan beranggapan bahawa lelaki itu menyukai dirinya. Sedangkan lelaki itu hanya menganggapnya sekadar kenalan.

5. Tahu akan perasaan anda.

Anda mungkin tertangkap akibat terlalu berlebih-lebih ketika bermesej dengannya. Maka dengan itu, dia membuat kesimpulan bahawa anda mempunyai hati terhadapnya. Sedangkan dirinya tidak menyukai anda.

Lelaki ini tidak suka akan desakan. Semakin banyak desakan yang anda berikan terhadapnya, besar kemungkinan dirinya akan mengundurkan diri dalam hubungan itu. Jadi jika pasangan anda tidak membalas mesej anda, mungkin atas sebab-sebab di atas.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen